assalamualaikum..
saje tajuk kasik gempak, lepas makan nasik beli kat careefour, terasa loya anak tekak lalu terbuat entri emo.
bukan saja nak emo, tapi keadaan sekarang buat aku jadi emo. kalau korang tengok, harga umah sekarang naik melonjak lonjak. sama naik je ngan baru nak bina ataupon ngan umah yang sedia ada.
teringat mase aku mula mula nak memiliki sebuah services aprtment kat area puchong ni hah. bukan main mudah! aku rasa, budak belajar dapat duit ptptn pon mampu milik umah aku kot. dengan berbekalkan deposit Rm100, umah tu milik ko dah! mudah bukan? tapi mase tu aku pilih utk tambah sikit lagi downpayment supaya monthly repayment menjadi super kecil... namun... tak kecik pon! alah.. bukan nak cakap aku ni byk duit no... KWSP kan adooo!!! hahahaha
mase tu harga umah tu lebih kurang 140k. dengan keluasan lantai lebih kurang 800 kaki persegi. mase tu semua orang kata umah aku mahal! dah le kecik... tapi umah tu fully furnish bhai.... semua dah ade... tunggu ko hangkut bag baju je bawak masuk! mase tu aku yang bujang trang tang tang ni, tergedik gedik la suka! nak kata memilik rumah sendiri adalah satu pelaburan yang terbaik tu, aku tak leh nak kata ape, sebab kekadang kita tersalah beli pon boleh. misal kata terbeli nun ceruk tanjung, sapa nak sewa? kita sebagai tuan tanah kedaung pon jarang sekali nak gi jenguk. penyudahnya? umah buruk tanpa penghuni... hancur pelaburan kita... nak kata umah naik harga melambung, hmmm ade yang naik, ade yang tepu begitu saja. macam kes aprtment aku tu hah.. beli harga memangla rm140k atas kertas... (belom tolak bumiputera lagi kan? early bird rebat lagi kan?) alah senang kira, kita amik je la yang org dok tulis atas kertas ni je. sekarang umah tu baru cecah rm175. maksimum. nak jual pon serba salah. tolak sana, tolak sini... berapa sen ko untung? nak nak kita yang beli umah secara hutang ngan pak bank ni hah!
lain pulak ceritanya ngan umah teres aku ni hah! aku rasa, memang pelaburan yang menguntungkan! mase beli baru rm280k. sekarang, kalau bukak mudah.com, orang jual sampai 520k! begitu mudah orang buat duit skang ni ek?
aku bukan nak cakap pasal harga umah aku, tapi aku nak cakap, betapa mudahnya untuk melepasi syarat-syarat nak buat loan rumah. bayar seratus, ko dapat umah tu. kalau dipikir, siapa tak boleh letak seratus tu sedepuk macam tu kan?ramai yang boleh... persoalannya sekarang, monthly repayment tu... ramai yang tak mampu bayar! dan akhirnya rumah disita lalu dilelong! tu blom lagi segala mak nenek cukai yang kita kena bayar.. indah mengindah water lagi, cukai pintu, cukai tingkap? hah? sapo nak bayor? dan akhirnya kadar gaji kita tak mampu untuk menanggung belanja isi rumah pon. jangan kata nak pegi melancong!
aku dengar skim rumah pertama, di naikkan kepada 400k. lepas ni aku rasa takkan ade rumah kos rendah didirikan lagi. malah syarikat perumahan boleh mengambil kesempatan sewenang wenangnya. rumah yang kosnya hanya 180k pon dijual dgn harga 400k. sapa yang mampu milik rumah 400k? gaji korang laki bini mesti cecah 6k-7k sebulan. monthly installment utk pinjaman perumahan selama 30 tahun utk 400k lebih kurang rm2200++ sebulan. hah kalau ko tak dapat gaji kasar mcm aku cakap tadi, ko nak makan ape? anak minum susu ape? bela lembu? ko ade mase nak perah susu tetiap pagi?
jadi akhirnya kita, di negeri sendiri, berkelana lah di bawah jambatan....
nauzubillah....
p/s: aku masih tak paham kepentingan/kelebihan skim rumah pertama yang dibentangkan mase belanjawan hari tu... saper tahu???
5 comments:
sama la..akak pun ada terpikir cuma akak malas nak tulis..hehe
nauzbillah..tengok indonesia dan filipina,,masih ramai duk bawah jambatan
ni zaman kita, zaman anak anak esok esok mcm mana??
nauzubillah...
xto jgk.huuu
Saya tak tau cikguuuu!!
Camno nak beli rumah niii iskkk
cik fanako,
eleh.... ehem dah beli umah.. sebab tu ko buat tak tahu kan??? pigi dah! hahaha
nor,
takpe... beli kan saya coach dulu! hahaha
Post a Comment