Tuesday, 5 July 2011

Adakah anak saya ADHD??

Termenung sejenak memikirkan hal anak yang berusia 5 tahun. Dihantar ke tadika yang berdekatan yang jauhnya tak sampai sepuluh minit dari rumah saya. Hati terpanggil untuk menyelidik ape masalah yang dihadapi si anak. Hari Jumaat lepas, balik dari taska (transit dari tadika) die berlari2 menghulurkan sekeping kertas (dalam hati mesti surat tadika). "Awak.. Afiq kena amik buku rekod tadi.. sian die sengsorang je tak de parent datang... org lain semua balik ngan parent. Dia terkial2 sorang2" en. suami merepot sambil terhencut2 masuk ke rumah. Saya tenung Afiq, napa along tak bagi mama? (dalam hati, napa aku tak check bag anak ek?) Kebelakangan ni memang kesuntukan masa, terkial2 saya menyudahkan semua kerja. Terkilan tak dapat datang ke tadika along utk amik buku rekod. Saya capai telefon, terus mendial cikgu tadika. "Saya tanya dia (afiq), ade bagi mama tak surat cikgu pesan? dia jawab ade.... tapi bila saya soh dia ulang 2 kali, dia senyap... maknanya memang dia tak bagi puan. Takpe nanti hari isnin pagi, puan boleh dtg ke tadika, kita bincang sikit" huh... dalam hati berdebar2.. ape Afiq dah buat? nakal ke dia? bergaduh? tak dengar cakap? setahu saya, Afiq budak yang cool...

Pagi Isnin, saya bergegas ke tadika Afiq. Kelam kabut... maklum la Isnin... di tadika, cikgu dia menyerahkan buku rekod... kedudukan dlm kelas, tak de la begitu corot, memandangkan dia baru je join tadika tu. banyak jugak subjek yang dapat 100, tapi komen cikgu tadika betul2 buat saya terkesan. Memang saya tak nafikan yang sejak kebelakangan ni Afiq kurang tumpuan @ fokus. Kalau dipanggil, tidak lantas menyahut.. jika disuruh, lambat untuk bergerak... tak pantas... saya menganggap ia perkara biasa yang perlu didikan yg lebih dari saya dan suami.

"Puan, anak puan kurang perhatian masa belajar. Selalu mengantuk..." kata cikgu tadika yang dipotong oleh ayat saya " maksud cikgu dia ade masalah kurang pick up?" "Bukan... dia kurang tumpuan... menyebabkan kami terpaksa lebihkan tumpuan kepada dia sedangkan kami tak cukup tenaga pengajar" Aduh.... bukan kah tugas dia sebagai cikgu, mengambil attention budak2 utk belajar? saya mengambil keputusan utk tidak cepat melatah. Saya ambil buku rekod Afiq dan mengusap lembut kepala dia sambil berbisik... "Afiq tak suka sekolah kat sini ke...?" Afiq mengangguk dengan memek muka nak menangis... Saya tarik tangan dia ke kelompok budak2 lain yang sedang membaca doa ketika perhimpuanan pagi. Dengan derap langkah yang lemah, saya tinggalkan Afiq yang masih terpinga2... "Puan, waktu perhimpunan pagi... riuh rendah rakan2 dia menyanyi, menghafal doa, dia boleh tido" terlintas ayat cikgu dibenak ketika berjalan ke kereta. Kesian Afiq.. Ape masalah dia?

Saya terpanggil utk membaca satu artikel di internet, tentang ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) dalam hati... takkan sampai macam ni... saya jenguk tanda2 penderita ADHD ..

1. Hiperaktiviti 
  • Kerap menggerak tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk (tak de pulak reaksi ni kat Afiq)
  • Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas (tak pasti)
  • Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan masa kelihatan kekok (hmmm ade kot)
  • Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap (tak de plak)
  • Selalu banyak bercakap (definately....)
  • Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah “digerakkan oleh motor” (okay yang ini memang saya perhatikan dan kerap jugak tanya suami.. "nape Afiq suke buat camtuh ek?")
2. Tempoh tumpuan yang singkat
  • Sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain
  • Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugas
  • Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti
  • Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah)
  • Selalu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan sekolah, mainan dan sebagainya) (okay. bagi saya.. budak2 memang selalu hilang barang.. tapi, lepas saya renung, kenapa saya kecik dulu boleh simpan barang, even sampai sekarang? entah la...)
  • Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain
  • Mudah pelupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikut usia dan keupayaan (ade kot.. macam byk je surat tadika dia tak bagi mama dia)
3. Tingkah laku impulsif 
  • Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan
  • Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran
  • Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain
  • Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan (okay... yang ni rasanya ada pada Afiq.. selalu cedera.. tapi budak bukan lumrahnya nakal?)
    banyak lagi artikel tu tulis... dan boleh baca disini ADHD. Tapi saya tertarik kepada punca2 budak2 ni menderita ADHD... jika salah ibubapa, memang kesian la kat anak2 yang tak berdosa.. 
Punca ADHD 
Tiada siapa tahu apakah punca ADHD. Punca ADHD tidak dapat dikenal pasti dengan tepat kerana terdapat terlalu banyak kemungkinan. Yang pasti ADHD bukan disebabkan oleh perkara-perkara berikut: 
  • Menonton televisyen
  • Alah pada makanan
  • Gula yang berlebihan
  • Keadaan hidup yang miskin
  • Sekolah bertaraf rendah
Jadi... tanggapan saya, Afiq banyak tengok katon punca dia jadi begitu salah. Atau saya terlalu pentingkan diri, menghantar anak ke sekolah yg paling hampir  dgn rumah @ memilih  bayaran yang lebih murah tanpa memikirkan keseronokan, minat anak kesekolah? (tidak dinafikan tata rias sekolah Afiq agak membosankan)....

haih.. ape nak buat ni....

 

No comments: