Thursday, 29 December 2011

row your boat!



Row, row, row your boat,
Gently down the stream.
Merrily, merrily, merrily, merrily,
Life is but a dream.



Pejam celik, pejam celik dah nak habis 2011. terasa baru semalam nengok bunga api menyambut kedatangan 2011. Ape pon, aku sangat bersyukur yang aku tersedar dari mimpi ngeri. ye, hidup ni ibarat mendayung sampan di lautan, tak tahu mana hala tuju. Insyaallah kalau kita berpegang pada ajaran-Nya, kita akan sampai ke pantai dengan selamat. tapi apa jadi kat di tengah perjalanan? tiada siapa yang tahu. ujian dari Allah silih berganti, menguji keimanan, menguji cinta, kesetian setiap insan. bersyukur lah jika kita diuji kerna pasti Allah telah sediakan sesuatu disebalik ujian itu dan yang paling pasti Dia sayang kita jika kita diuji.

ade gaya ustazah tak? hmmm bukan aku meniru, mengedit bait bait ayat di atas. tapi hakikat, kita setiap insan, pandai berkata kata bila "we experiance it before". sayang nak tinggalkan 2011? jawapan aku tak.. buat ape nak dikenang benda yang dah lepas. mungkin ada kenangan boleh disimpan. tapi ade setengah kenangan yang perlu dibuang. Buat Laki tersayang, saya minta maaf kerana terlalu banyak melukakan hati kamu untuk 2011 yang bakal berakhir. sesungguhnya saya manusia biasa. Tak sabar nak mulakan lembaran 2012 nanti. Semoga Allah merahmati kehidupan kita sebagai suami isteri, mengurniakan kesihatan yang berpanjangan untuk kita dan anak anak Insyaallah.

2011 ni aku mula menulis blog. kenapa aku menulis blog?

Saya suka awak menulis, at least masa awak takde ape ape nak buat, awak boleh menulis, takde la awak mengenang benda benda lepas yang tak elok tu. saya suka baca tulisan awak...
okay ayat last tu aku tambah! hahaha

Ye.. memang aku ni banyak sangat benda yang nak dikenang, banyak sangat perkara perkara yang di label 'PRECAUTION'. yang mana dalam tak sedar aku menyempitkan fikiran aku sendiri, menyusahkan insan yang paling aku sayang, Laki aku. hehehe... jadi? aku kena berubah! ( eh aku je ke kena berubah dan berusaha? ko pon kena... sila beli aiskrim magnum hari hari.. kita kongsi makan.. supaya kita gemok bersama-sama)

Memang aku tulis blog untuk hilangkan stress. untuk lupakan kisah silam yang amat hitam dalam hidup aku. jadi kesimpulannya aku tulis blog suka suka. tiada motif lain seperti ingin glemer... wakakaka... gila glemer plak dicop aku pasni. jadi bila ade yang tanya, suggest aku pasal penulisan aku yang lebih kepada kehidupan, cerita mengarut aku ni, aku tak buat ape ape, cuma masuk telinga kiri, keluar telinga kanan... sebab aku tekad, blog ni untuk suka suka. bukan untuk ceritakan kisah silam yang pahit tu mahupon berbangga dengan kehidupan sekarang.

why not you write in English? so you can gain more reader?

Jawapan aku? hahaha aku tak fokus pon nak soh org seantaro donia baca blog aku. cukup la sekadar kengkawan yang lama tak dengar berita, sedara mara yang nak tahu perkembangan anak-anak, tak kurang juga STALKER STALKER berjaya di abad ini... ngeh ngeh ngeh anda telah dikesan! terima kasih kerana sudi membaca hingga ke lembaran terakhir wahai stalker ku sayang! hmmm jawapan aku ni bukan lah disebabkan aku anti, atau aku tak pandai menulis/bercakap omputih ni.. cumanya aku merendah diri.. hahahah tak hengat punya alasan! memang aku taknak stress stress la kat blog aku ni.. gedik gedik santai sudah... aku kerja kena cakap omputih ngan boss, BQ, specification, method statement semua tulih omputih, tulih email pon kena berbasa basi omputih, laki aku pon cakap omputih ngan aku... ingat aku larat? eh laki aku kecek kelate.. bukan omputih salah channel..

Okay masalah besar aku jelas nyata dan terang disini. tak boleh serius dalam sesuatu hal. tadi aku tekad nak buat entri ni se-serius mungkin... tapi mana mungkin perangai main main aku ni hilang? samalah kalau aku menegor anak anak buah aku kat opis... memula tu dah gempak dah.. nak terkeluar bijik mata dah marah, sekali berakhir dengan aku gelak besar depan derang.. kalau korang ade boss cam aku, korang takut? mesti tak kan? tapi tak la bermakna aku boleh dipijak kepala...

Okay la... untuk tahun 2012 yang bakal tiba, aku doakan semoga semuanya berjalan lancar, kesihatan yang berpanjangan, kekayaan..(dilimpahi rezeki yang halal) dan kebahagian. mohon maaf kalau terkasar bahasa, mengguris hati dan perasaan, sepanjang aku tulis blog aku yang tak seberapa ni.


p/s : pagi jumaat ni, aku bersyukur kehadrat Ilahi kerna masih dapat melihat raut wajah suami dan anak anak setelah bangkit dari MIMPI... Syukran Jazilan ya Allah!



Jalan Alternatif ke Tanah Tinggi Cameron :)

Tanah Tinggi okay? ade aku kisah? kisah..... sebab orang lain pergi, semua baru masuk gaji, bonus, bla bla bla.... ahkak je belom gaji, belum bonus.... :(

hmmm tak bercadang pon nak ke Cameron, tup tup, en Laki kata kita gi Cameron lah! pagi ahad lepas (eleh nak ganti dia tak join bergelak ketawa ngan family i lah tu! en Laki gi kacau asyura ngan gang gang kelantan .net) Kacau lah sgt kan?


kacau asyura sangat kan baju belang tu???? mak jeles tau baju belang dok sebelah baju merah tu..!!!


okay, en Laki punya la semangat nak amik hati Bini. siap cari apartment utk stay semalaman kat Cameron. geledah sampai ke mudah.com ade rezeki. jumpa sebijik kat Crown Imperial Court. Cantik umah Pn Rozita ni. kalau nak, boleh la calling calling dia. Rege pon berpatutan dengan yang ditawarkan. boleh kata ko rasa mcm kat umah sendiri. kiteorang dapat RM350. tu pon puas berebut. peak hour biasanya RM500-RM600. hari hari biasa pulak. RM250 sahaja.


Opkos lah tayang livingnya yang luas dulu.. aku tengok lantai tu pon tak lalu.. sejuk hoi!!! tak boleh nak berpijak dibumi nyata rasanya


 Ni yang aku paling suka, dapor besaw, kalah umah teres kau! lengkap serba serbi. apo laie? memasak lah kiteorg, siap buat sambal ikan bilis tempoyak lagi! abah buat nasik goreng jagung. jagung beli kat pasar malam brinchang. huh! terbaik... pergi bercuti, terserempak pasar malam.. jimat jimat..


 master bedroom dia.. luas okay.. boleh berlari 100meter dalam ni..


oleh kerana tuan umah tahu dah memang sejuk yang amat, disediakan jugak selipar yang banyak. jadi tak payah la korang hangkut selipar darik umah ye? simpan kan aje... :)


okay la.. kalau pasal Cameron ni aku rasa ramai dah pergi. berkali kali... betoi dak? so tak yah citer pepanjang lah kan? mungkin kalau stay kat PUncak Arabella, boleh la buat entri gempak kan? CIC ni pon okay ape, puncak kedua tertinggi selepas Puncak Arabella... wuwuwu mungkin lain kali kita stay sana pulak!

layan gambar ade baiknya...


 ahaks... laki akak hensem! tak.. sebenarnya nak cakap anak akak comei... sorry ye budak baju hitam...


Swit tau diaorang berdua ni... saya sukak!
pakai kasut tinggi gi jalan kat tanah rata boleh akak ku... dah kena tinggal..


aku tak tahu ape yang dah mazwan lakukan kat mak. sampai terjerut leher dia. gaya penguin pon ade... haih la mazwan...


 nak kata laki aku makan hati, tak... tapi makin kurus pulak dia. makan 4 pinggan jugak! mungkin aku kena beli ubat cacing utk orang dewasa lepas ni. banyak sangat main pasir gamaknya!
ce fokus kat muka si SASA.. haha sibuk nak bersin mase org nak snap gambar... haha


 Sian Afiq, nak petik strawbery macam kak Ain dia, sekali mama tak kasik, sebab korang tengok? berbaloi tak nak petik? nisbah yang masak ranum hanyalah 1 : 4 okeh? tak payah! kite beli, terus makan ade baiknya..


 huih... kalau aku tinggal kat sini, ade jadi kambing mengembek aku makan salad! sihat dan kuat!


 nak beli, letak kat dapor, tapi ade orang kasik ayat sedas yang agak menusuk kalbu
"semua awak nak letak kat dapor awak, mcm lah dapor awak besar sgt..."
eleh.... memang la saya nak tukar dapor tu jadi taman bunga! sibuk tau dak!


 okey la... nak petik strawbery tak leh kan? pilih je la kaktus ni hah.. happy sudah...


 mak, abah, mak budak dan budak baju merah baru lepas nangis sebab kena kejut dari tido...


 Pak De and Marsha aka Marshadu.. mak dia bagi gelaran tu...  sebab mase kecik asyik sedu.. oh ye mak dia jugak kasik nama manja lain iaitu.. SHINIBO... hahaha sebab budak ni kecik kecik debab aka LEBOR org pahang panggil...


 Serius... aku suka gambar ni..



sebenarnya ade bag camera dalam baju Pak De tu.. bukan peyut dia boncit ye??


 gemuk nya aku... ade peti simpanan makanan bawah dagu tu hah... mcm bangau dah... haih... :(


 Hi Marsha!!


POYORONOS...




berisi dah budak keding ni... atau mungkin baju ni corak melintang...


oKay.. akak push in boots sangat...



 mase ni lah kan jerawat nak naik... menci tau dak..


 hah amik.. SASA tumbuk muka mama? sampai hati budak ni tau dak..


okay... motif sgt gambar kat sini kan? eh en Laki aku dah gaya model keranjang di kebun teh dah... hahaha mampos aku kena balik ni karang!


ni mungkin tak tahu hala tujuan dan motif sebenar nak bergambar dikebun teh semata mata. turun kebawah siket je tak boleh sebab mak aku akan jerit
"deme... jangan turun kebawah.... eeee geli tapak kaki ni nengoknya"


gambar tak banyak kat camera aku, tengah bersabar menunggu gambar gambar dari Pak De afiq


Oh ye, sebenarnya nak cerita yang kali ni naik ke Cameron tak ikut tapah bagai... kami ikut jalan alternatif la kunun kunun nya. ikut pahang, Sungai Koyan. hmmm aku rasa sangat lah dekat dan menjimatkan. jalan naik ke puncak pon rilek je.. landai... huhu... Bagi yang biasa balik ke KB melalui jalan alternatif Sungai Koyan ni mesti bersetuju kalau aku katakan jalan dia sempit, tapi tak sesak. jimat kilometer dan jimat minyak... hahaha motif promote kampung chef Wan kan? Bagi sesiapa yang biasa ikut jalan ni, korang akan nampak satu simpang POS BERTAU. hah masuk situ utk ke Cameron. kang sesat ke KB pulak sebab takde signboard Cameron High land, sila tey alik kiri disitu.. hahaha... Simpang tu akan membawa sedara sedari terus ke simpang Ringlet untuk mendaki puncak Cameron... Perjalanan mengambil mase 3jam lebih dari tol Gombak, 4 jam lebih dari Puchong Prima (termasuk ade org selalu nak berenti menunaikan hajat di setiap stesyen minyak)


Balik dari Cameron, mak ajak singgah Kuala Lipis (tanah tumpah darahku...) pastu laki aku nak terus ke Raub. okay la... tak sempat jenguk wan kat Padang Tengku... sobss.. :(  tapi dapat la jugak makan derian (durian)...

gigih makan durian aku nih... sasa beria sampai 2 belah tangan nak suap durian..
tempat ni tepi jalan je.. memang bersepah sepah... tapi feel tu makan atas para buluh!!
kelihatan anak aku jakun tak pernah tengok buluh dijadikan para disitu.. sian kau nak, mama dulu kalau balik kampung, terjerelus kaki celah celah buluh tu dah kira biasa!! siap ade paku pakis lagi tumbuh celah buluh tu!




Sekian lah info yg tak berapa nak info dari nenek.



Tuesday, 27 December 2011

KALAU

"KALAU" itu, PEMBUKA NAFSU SYAITON ye kawan kawan...




BAIK!!

Monday, 26 December 2011

Tanya sama pokok

Eh nak hujan? tadi elok elok je panas... :)

Langit tu tak sentiasanya cerah. tadinya panas melengit, tetiba hujan tanpa guruh berdentum dentam.

patut tak kita beli payung sebelum hujan? tapi tak tahu pulak bila nak hujan, mcm mana nak bawak payung? kang bawak payung kehulu kehilir, orang panggil kita ceti kutip hutang plak! sudahnya hati risau takut takut hujan ditengah hari. hmmmm... yang terbaik, berserah kat Allah. tak payah nak letak harapan sesama manusia, sebab Allah maha mengetahui apa ade dalam hati setiap manusia.





eh eh... teringat kat afiq... suruh dia nyanyi tanya sama pokok pon syok jugak ni... : |

Wednesday, 21 December 2011

Selamat Hari tua!!

Assalamualaikum

hahaha ceria pagi ni... "Projek terbengkalai" dah hampir 90% siap. Insyaallah hari ni siap la.

Eh? semalam hari jadi sape ek? entah.. hehehe tengah dok memasak paprik ayam sebanyak seekor (ko giler ke hapa.. banyak tuh! takpe, habis.. ramai pirana umah ni..) aku dok ckp kat adik aku n laki..


eh, Je balik dok makan kat umah?

mazwan pon pelik,

lah.. napenyer ko neh, masak je lah lebih, dia nak makan ke tanak ke, blakang kira...

eh bukan lah! hari ni hari jadi dia la....

la... ye ke? jom beli kek!!!???


Maka berangkat la rombongan poyo membeli kek "budget tapi sedap" pesan darik aku yang comel poket dah kering renovate umah. haha

dijadikan cerita, rombongan poyo tiba sekali ngan manusia yang nak diraikan..

Maghi manow?

ooo.... maghi beli cement....

kah kah kah... tak tahan okeh... balik dari beli simen pukul 9.30malam... DUSH!!! agak agak la rombongan poyo hoi!!!




yang aku dalam umah ni pulak, gi nyorok kat tepi tangga, tapi tak dan nak tutup lampu...  anak aku poyo poyo nyorok "DALAM TERANG" okeh! adui.. apekah yang mama kamu cuba lakukan... tengok si sasa, sibuk nak jugak nyorok.. ape dia tahu pon tak tahu la...

jadi... tunggu punya tunggu, ayah nyah tak masuk masuk.... adei... jadi kami yang menyorok tak berapa tersorok tu keluar la sekonyong konyong, buat buat nonton tibi.

akhirnya ayah nyah masuk dulu terus duduk makan nasik. dengan muka selamba baju kerja tak salin lagi. pass tag pon tak cabut lagi. "ade aku kisah?" kata ayah nyah... hahaha

kelebihan disini, ayah nyah duduk ngadap dapo, so adik aku boleh masuk dgn kek! yeay! akhirnya surprise tetap surprise! afiq ngan ariff nyanyi happr birthday yang tak berapa nak lantang! Apo laie? tersipu sipu malu lah ayah nyah!!!!!



ko tengok? ade aku kisah kek kek neh? aku nak makan nasik okeh.... - ayah ngah

pastu tiup lilin ngan anak sedara reramai... sooooo sweet ayah ngah korang! hahah padahal cover macho babe!!! muahahaha...

eh,pinggan nasik, kalau tak interframe, tak boleh ke?


To Ayah Ngah, Selamat Ulang Tahun yang ke... tuuuuttttt.... semoga dipanjangkan umor, murah rejeki, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan utk menyakat kami 3 beradik...
oh ye.. semoga cepat cepat kawin dan kasik kiteorang gang yang cukup untuk membuli ayah ngah semula..



sincere,

AFiq, Ariff & Aisha



penganjur majlis,

abah, mama, Acu & kakak!




ps: kekadang biler kita meraikan seseorang, boleh buat sebuah ikatan itu lebih mesra, rasa dihargai dan sebagainya lah! itu lah yang penting dalam keluarga kita ye anak anak... ingat mengingati.. bukan tiup lilin tu yang penting...

ape yang penting AFIQ?

kerjasama!

bukan.... ape yang penting AFIQ.....??? 

sebuah INGATAN, mama....:)

baguih..... birthday mama bila AFIQ???

ntah, nanti jap AFIQ tanya abah..


HAIP!!!!!




Tuesday, 20 December 2011

phonebook, contact punyer nama

Assalamualaikum!!

tak sibuk, update blog malas... takpe, kitew tak de juta juta lemon reader! hehehe

hmmm ape korang letak kat phonebook telipon untuk en.laki korang? mak korang? abah korang? adik beradik korang?

hah??? aku? mesti lah teratur okay... mesti lah nombor yang teratas nombor ahli keluarga diikuti pakcik2 sedara mara.... caner aku susun? idok ler aku letak 1.mak, 2.abah... idok idok.... aku cuma pasti kan nama derang ikut giliran... kak long mesti lah atas kan? dan yg pastinya adik dibawah... sebagai contoh...

A Aaemakku
A Abahku
A Akak Long
A Ddikku Pisy
A Ddikku Bodi
A amama
Aabah Lazim 

dan seterusnya mengikut adik beradik, in law aku.... dan seterusnya bapak sedara.


ye... memang aku gigih mencipta yg memang end up pening kepala nak susun okey. Tu ce tengok 'D' besar "D" kecik pon ade beza tau. kalau salah di susun, koknya lepas kebawah sekali dalam hierarki ni...

Mesti korang tertanya - tanya kan mana pegi nama atau nombor laki aku kan? mmmm malas nak citer, tapi citer jugak la... En. laki ni terkenal dgn sikap tak berapa nak romantik... (ngan aku la...) puas aku cipta susunan dlm telipon tu supaya nampak betapa dia no.1 dalam segala hal yang aku buat. kaedahnya? aku tengok dia save nama aku dalam phone dia nama penuh aku???!!! huh! aku terus sentap lah!!! terus aku buang nama dia "A AAbby" yang duduk di tangga teratas phonebook aku tuh!! hehehe 

Jangan marah... bukan ke awak kata "eh? kewl aper... letak nama penuh camtuh?! baru lah best!"


memang lah best kan?


owh by the way awak.... tukang buat umah tu bukan POKEMON, tapi DOREMON (aku rase Deraman asalnya... tapi biasalah kok indon tergeliat sket lidah nak sebut Deraman kot)

sama lah macam anak aku Afiq : mama, jom kita cari nisai?
aku : nisai? sape tuh?
afiq : ala.. yg buat umah kita tuh!!
aku : huh!! MISAI la.... ape kau ingat nisan lebah nak???



saje merapu... tak de keja dok melanguk tunggu masuk waktu!

Sunday, 18 December 2011

melihat mereka, terasa diri semakin tua!!

Anak-anak sedara, semua dah besar, dah petah bercakap, dah pandai bergurau, dah pandai bermain sesama sendiri... pastu tetiba, menengok derang ni, aku terasa... cepatnya mase berlalu... haih makin tua dah aku...


tapi... masih byk kelemahan perlu diperbaiki. masih byk onak duri yang perlu dilalui.. tak kurang cerita happy2!! :) cerita happy? mestilah happy! tak sangka durian tak bermusim menyembah bumi!!! wuwuwu.. en laki, ape lagi??

jom nengok bebudak ni seronok main pasir kat pantai Balok, Kuantan.. eh kat tempat sendiri pon ade pantai cantik cantik ape, nape nak terjah tempat org dulu kalau tpt sendiri pon tak habis nak kenal?? :)



anak sedara aku yg pertama... yang lahir pada 090909... geram tau dia ni, suke buli si Amy!!

ni dia Amy yang selalu kena buli! aku suka betol dia ni.. cantik! kecik kecik dah cantik... pakai botox ke hape?


walaupon suka bergaduh... tapi derang ni sgtlah kawan baik wokeh???



minah ni?? jgn harap nak berkawan!! suka membawa diri... saiko cam mama dia!! eh ni abah dia kata.. takkan mama dia nak kata kat diri sendirik kan?



yang dua org ni jgn layan sgt!! ni saiko tahap gaban Z belah 2.. huh!


abang ipor... hehehe bab menyakat anak sendiri, anak sedara, bagi lah kat dia ni...


yang ni? okay bapak dia terlebih saiko tahap dewa ke-14.. :P


mak saya!!! :))


adik saya!!


gambor kakak aku telah diremove!! kang tak pasal pasal aku kena sebab aku hamik gambo muka dia terlalu dekat! takut konpius.. eh ni pinggan ke muka? hahahaha...
along! just joking!!

aku : nak sikit bodi
bodi : meh sini... ko ni tak leh makan sedap sedap ni.. ko makan je timun neh...
aku : ???? apekah? lantak la.. timun pon timun lah!!


 

Thursday, 15 December 2011

usah terlalu gusar dgn urusan di dunia

geram, sedih, kecewa dan hampa... (eh hampa tak sama ngan kecewa ke?) ape ape la... yang penting, aku dah buat yang terbaik, dah berusaha apa yang termampu, dan selebihnya, aku berserah kepada Allah! Dia tahu ape yang terbaik untukku, keluargaku...

:) serius ayat aku.. tapi serius, down sesangat dah ni... tapi teringat kat pesan seorang guru kat saya, "jangan biarkan kegusaran, ketakutan menghadapi kehidupan didunia melebihi ketakutan, kegusaran kita terhadap amalan kita kepada-Nya diterima-Nya atau tidak"

jadi setelah berusaha bersungguh sungguh, bertawakal lah kepada-Nya. sesungguhnya Dia maha mengetahui ape yang terbaik utk kita... :)



**rasa takmau balik umah. tengok je table top ngan formwork tak cabut cabut lagi tu, buat hati aku sakit, mata sakit!. rasa nak marah marah pon ade. haih....

terbengkalai

Semoga segala prasangka buruk terhadap "PROJEK" kat umah tu tak menjadi kenyataan!


haih!! sabor je la......

Wednesday, 7 December 2011

Hajat yang tak kesampaian.

Wak misai : Assalamualeikom...

Nenek kebaya : Waalaikumussalam... wak ea?

Wak misai : iya... wak sini.. bageimana adik? jadi enggak mahu buat mejanya? pecah dingdingnya?

Nenek kebaya : wak, boleh datang lagi umah, mahu tukar lagi itu meja..

Wak misai : bisa bisa.... (dalam hati, dasar betol!! baper kali nak tukar neh??)






tukar la wei kalau budget tak menepati syariat!!! ko ade pitih nak ikut plan asal? takde? ha...... DIAM sudah.. hahaha.... jadi, angan angan mat jenin transform jadi....?? eh! umah aku dah jadi showroom IKEA laki aku kata... SEMPIT! lantak la... aku suka tapi! selangkah, sampai peti ais, selangkah sampai sink, selangkah, sampai dapur... eeeee suke suke!!



eh, nenek? umah ko 4 langkah ke hapa???

lupa diri

Assalamualaikum...

pepagi khamis yang indah, sejuk... tetiba keadaan hangat menerpa...

hai la budak, adik adik, kanak kanak... ce jangan sombong, mudah lupa diri dengan apa yang kau ade sekarang. cuba la beringat yang hidup ni ibarat roda... jap jap kat atas, jap lagi kang kat bawah...






**biasanya yang sombong tak hingat dunia ni jatuhnya sekelip mata! gedebuk!! tak disangka sangka.


eh??? aku pon pesan kat aku gak... mana tau esok esok aku pulak yg lupa diri, tak sedar diri, menggelupur sebab aku berjaya pujuk laki gi bawak anak bini gi IKEA!!! wakakakaka....

dah la ... babai!!!

Monday, 5 December 2011

Urutan cakaran harimau...!!! Auuummmm!!!! dan zikir ya latiff

Assalamualaikum...



hahaha tajuk tak hingat hari ni... cakaran wokeh? saje bosan bosan, terbace notes kat telipon cara urutan cakaran harimau. aku pernah terbaca yang urutan ni mampu meningkatkan kasih sayang antara suami isteri. sejauh mana, aku pon tak tahu... sebab jarang jarang nak praktik kan. sibuk, asyik lesu je badan.

laki asyik balik lewat. kerja banyak skang ni. ingat mlm nanti nak tolong la release tension dia tu ngan urutan cakara harimau ni. selain boleh tolong release kan tension, urutan ni boleh jugak mengeratkan hubungan intim suami isteri. korang tahu? aku pon tak tahu.... tapi tips ni Ustazah ba'yah yang kasi. cara urutan? korang boleh gugel je urutan harimau ni... tapi aku type la sesikit eh? bagi gambaran...

memula, korang urut la tengkuk, bahu hingga ke lengan. kemudian buat jemput jemput kat tulang belikat. kemudian... haaa.... yang ini, korang kena pasti kan kuku korang tak panjang wokeh? kang tak pasal2 nak dapat pahala mengurut suami, masuk pulak muka depan surat kabar "isteri di terajang cuba cakar suami sendiri" :) okay... kembali kedunia nyata.. lepas buat jemput jemput tadi, makan! eh tak tak... korang buat cakaran dari tengkuk, ke pinggang dan diselang selikan dengan urutan labah labah... maksudnya..cakar ke bawah..(mesti berkilo daki lekat bawah kuku korang weh! hahaha) kemudian, urutan labah labah ke atas.. ade paham??  buat la sampai korang rase dah lenguh! woi kalau 2 kali tu tak aci la.. pemalas! buat sekurang kurangnya 10 kali ke? afdhal giteww. kemudian, genggam tanggan dan tumbuk tumbuk (manja okay) dari atas sampai la ke pinggang. bukan tumbuk balas dendam tak dapat pergi IKEA weekend haritu! kemudian, buat tangan mcm nak karate tu, ko parang parang kan ke belakang badan laki ko sambil membebel sengsorang.."biasa nih! org suh gi IKEA takmo!" baru semangat nak parang blakang badan laki ko kan? kemudian... last sekali, letak tangan atas bahu laki and say.... saya sayang awak...(bisik okeh, bukan pakai microphone) tak pon kuch kuch hota hei.... mmmm i lap you, you lap me? hahaha sudah! cakap siket siket je... kang melayang penampor kat muka akibat laki ko bertenaga sgt lepas kena urutan cakaran harimau belang hutan tropika malaysia!


ooooppppsss!!!! tertinggal! dari korang membebel tak pasal macam haku tadi, baik sambil urut tu korang bace zikir dalam hati... zikir Ya Latiff untuk lembutkan hati suami, supaya dia kasih dan sayang kepada kita. Insyaallah rumah tangga kita bahagia atas kehendakNya... Tips ni, kawan aku yang kasik. dia selalu amalkan kot, sebab tu dia senang bin lenang dok umah membuta, tapi laki balik bawak I pad lah. u pad lah. tak termasuk lagi Libresse pad! huh mencik tau.. ha... zikir tu bukan sepuluh kali, 20 kali ye puan puan dan adik adik.... buat lah seribu kali... eh..banyak? tak banyak la rasanya utk suami tersayang kan??


p/s: bace dlm hati tau! kang tak pasal pasal laki korang kata korang ni blackmagic women! bace menderam kat dia!!! nasik kangkang ke haper????



dah lah!!! babai..

Sunday, 4 December 2011

Moh ke sungai membasuh baju!!

Assalamualaikum!!

tak leh nak nafi keja memang menimbun kat opis. tapi apo nak dikato? keja, sampai biler pon takkan abis kan??

bercakap pasal keja, aku, biasalah, selain keja kat opis, keja kat umah pon sama bertimbun. tak lain tak bukan, kain bin baju! huh.. kalau hok ni, memang takkan abis 40 malam nak cerita.

Alkisah, mengadu kat adik bongsu aku......

wei.. aku pening dah ni.. ampaian tak cukup, jemor 4 hari baru boleh angkat, mesin basuh ni dah la lama nak mamps kalau membasuh!.. 


adik aku cool je... sambil buat muka kompiden, dia pon berkata kata
ape kata mlm jumaat ni, kita basuh baju sebelom aku balik? aku tolong ko. ko carik je syiling 50sen tak pon 20sen..


dalam kepelikan, aku ikut gak. sebenarnya takde la pelik sgt... sebab dia dah selalu basuh baju kat situ.. aku je malas nak ngangkut baju kotor gi saner... kang ade je tercicir baju "kecik" aku kang...(weh.. baju kecik basuh kat umah la atie oi!!! ko melampau nak hangkut basuh kat situ jugak!)




 eh? ade aku kisah? aku hangkut semua kau! baju kecik, baju beso, baju sederhana, aku hangkut... tak pilih pilih der... eh mr bean pon pilih pilih tau nak hangkut baju... ko ni atie, agak agak la....
ape yang ade dalam bakul tu, ku hangkut.. aku rasa, biskut chipmore pon ade.... wakakakaka....

mase nak masuk baju dalam mesin tuh, aku terbaca benda alah ni.. isk.. die ni perli aku ker...? mencit tau.. dah aku kena konker 3 bijik mesin... adik aku berlagak kay? takmo share2 baju anak ko, busuk!!!! heyy!!!!! sentap mak tau!!!


aku bukan setakat hangku baju je... bebudak ni pon aku hangkut semuanya!! konker tpt basuh baju tu, yg tadinya hening bertukar hingar bingar dek suara si SASA!!! kejadian ni berlaku sebelom en.laki pulang kerumah.. dalam hati, ade hati nak dengar pujian melambung tinggi dari laki yang bini dah abiskan membasuh baju... pastu???? huh.. dia sampai duluan!

acara gedix gedix santai antara mak ngan anak pon bermula... adik aku nyampah dah nengok.. lantak! aku boring wokeh! kalau kau beli cikedis tak pe gak.. ni chipsmore... budak budak ni layan la chipsmore, mak dia nak la makan super ring ke, rota ke, diction celop celop ke... isk!

okay excited nengok muka masing masing ade "kembor" hahaha layan kan aje...
 
 
selepas 28 minit, baju acu dah siap! pastu berlagak masuk dryer plak... jemor je la kat umah... tapi ye jugak. kalau masuk dryer, terus kering...kan?
nampak tak? ramai kan cuci baju kat sini.... untung buat kedai mcm ni...



oh ye.... baju aku banyak, jadi aku guna mesin yg besaw tuh... Rm4 sekali basuh. sabun bawak sendirik ek? ngada nak free jugak. kang bagi cap ayam, mula la bising ckp tak wangi la ape la... pigi dah! mesin beso ni boleh la masukkan 8-9 kilo kot.. yang kecik tu 6-7 kilo je... yg kecik tu RM3 hinggit... dryer pulak RM2.5 sekali kering, kalau tak berapa nak kering, ko tambah duit lagi mase dia tgh jalan tu. mase keringkan tu, ko boleh bukak mesin tu.. rasa, kirai kirai kan supaya rata baju tu kering... begitu lah pengajaran yang aku dapat setelah berkampung kat situ selama 40 minit. sediakan duit syiling 50sen ye? 20sen pon boleh, tapi kau kena bersila la nak masukkan 20sen sampai cukup Rm4! penat!

rata rata pakcik kat situ datang basuh baju atas alasan mesin rosak, hari hujan, susah nak keringkan baju.. blla bla bla... aku plak? ohoooo.... aku nak jimat mase okeh? mesin aku kat umah amik mase sejam lebih utk satu cucian, itu pon air biasa.. kalau air panas, lagi MELAHA lama... jadi, kat sini, aku konker 3 mesin jalan serentak, yang mana aku luangkan selama 30 minit utk satu cucian! jimat mase mak tau! balik kang jemor, esok kering... ahad boleh la rehat!!!! yeeeeehoooooooo!!!!!!


dah la... babai!



Salji turun di Sunway Piramid!!

tak de idea.. hehehe jom la enjoy gambar je lah!

 mengamuk je tahunya si SASA ni tau! eeee geram!


apesal gamba ni degil??? aku dah betul kan, terbalik jugak! lantak lah!


 wa sibuk 24/7! jgn kacau wa okay?? wa nak ckp telipon!


slurrppp!!!!  


 kongsi 5 orang okeh!! hahahaha


 set paling berbaloi ukt kami kot! tak payah amik besaw2... bukannya bebudak ni boleh makan 2 keping sorang pon!


 licin okay?? ade sesapa nak pinjam anak saya bawak berjalan?? jawapan: takde!!! sebab kuat makan!


 tengok??? tak saba2 nengok muka dia kat camera!! perasan la SASA!!


 susah tau nak capture gambo ni... terkejar kejar budak baju purple tuh! ni je la paling okay utk tontonan..


 SASA, makan lagik... haih..


FULL HOUSE.... excited bebudak ni..




sebelom tu, dalam kete...

afiq: mama, afiq lapar... jom la makan dulu
abah: along nak makan apa?
afiq: sushi!
mama & abah: gulp!!!! gulp !! gulp lagik!!

tak de sushi sushi... kita makan nasik je... tapi laki aku, biasa lah.. kalah betol ngan anak... belanja la jugak pijja kat diaorg...




sebenarnya kejadian weekend lepas... sabtu ngan ahad, bukan aku dok rajin tukar baju siSASA ngan abang2 ni mase aku outing... tak kohser eh nak bawak baju bagai...