Perghh.... tak tahu nak cakap macam mana, tapi sumpah tak pernah rasa sakit tu macam mana. Kepala nak pecah rasa. kaki rasa tak de sebelah. perut rasa nak buang buang! hahaha boleh ke buang perut?
Aku teringat mase melahirkan anak sulong. Ya Rabbi... sakitnya bukan kepalang okey? Induce la kata kan? along tak nak keluar. Best duduk dalam perut mama dia katanya! kah kah kah... akhirnya, setelah bercuti selama lebih kurang 2 minggu sebelum aku bersalin, doktor putuskan aku perlu di induce!
Perasaa bercampur aduk kau...! mana tak nya, pengalaman pertama kot! pastu tak tau la sakit tu macam mana kan? Orang kata, ala... rilek je... bace doa bebanyak!... heh.. bace doa ye.. kita tengok doa ape yang terlintas kat kepala otak, kalau dah sakit sangat tu.
Bersalin anak sulong, aku balik kampung aku yang terletak nun jauh di Kuala Lipis. Haruslah balik awal. Takkan nak terberanak, baru nak start henjing kete. mahu laki aku jadi bidan terjun gamaknya! Aku balik awal 2 minggu. amik kau! Tak... sebenarnya aku overdue... so jadi lah cuti bersalin aku panjang.
Aku dimasukkan ke wad setelah van kesihatan tu cari aku. Aku ngan mak aku siap boleh gi jengjalan ke pasar ayam lagi. Dia pesan kat jiran aku, yang aku ni sepatutnya kena masuk wad dah. Ade ke patut nak tahan wad aku yang sihat segar mugar ni kan?
Tak pe. aku menyerah diri. Dok dalam wad macam orang bingung! tengok org lain, masuk perot boncit, 2 jam kemudian dah kempis. Pastu ptg karang, dah kemas baju balik.. eh aku ni bila nak diproses? Dengan bangga jalan ke kaunter depan tanya bila nak masuk ubat! apekah? berani sangat mintak induce kan?(mase tu tak tahu lagi azab induce tu mcm mana!)
Keesokan pagi, pukul 10. Doktor masukkan ubat, dan setiap sejam sekali, doktor bertanya, ade rasa contraction tak? aku selamba jawab... tak de.. contraction? rasa dia macam mane pon aku tak tahu! Abah mak datang macam biasa.. bawak makanan best2. Alasan nya, lepas ni tak leh makan dah. En suami, dah jadi penunggu setia kat wad bersalin tuh!.. huhuhu....
Petang sebelum mak balik, dia pesan soh minum air selusuh abah buat (ni bukan minyak ke hape ye, abah aku just bacakan doa je dan buat solat sunat hajat). Aku tak amik pusing ngat air tu. Cuma malam sebelom nak tido, aku minum segelas, selawat 3 kali.
Bermula la sakit mencucuk (contacttion) bila air ketuban pecah tak disangka2! ha... bukan semua orang dapat rasa air ketuban pecah kan? 3 kali aku bersalin, hanya sekali aku rasa air ketuban pecah sendiri...! rasa dia nikmat ooo... kenapa nikmat? tak tahu la.. rase separuh isi perut yang kau kendong selama ni keluar sikit... hahaha... Aku pun tak tahu air yang keluar lebih kurang sebaldi tu air ketuban, aku berbaring mase tu.. then ade bunyi "pop!" ha... terus ade air panas mengalir ke getah alas tilam dan terus berjijis ke lantai wad. huh aku panik... "kak! ape air ni kak!" aku tanya akak katil sebelah... "air ketuban tuh! adik gi depan, bgtahu misi'"
misi soh aku pakai pad. pantau berapa kalai tukar pad... aku cuba tido, tapi tak boleh dah... SAKIT wooo!!! Aku call la en suami tersayang. cakap sakit. dia mana boleh masuk kan? Aku tak duduk diam dah.. berjalan je.. orang lain berdengkur tak hingat! mase tu dah pukul 3 pagi kot. doktor kata aku kena masuk labor 1. Aku ingat mase ni nak bersalin dah... rupe nya tidak! lama lagi nak tanggung sakit ni. Doktor masuk kan ubat berak, suruh aku buat la ape-ape yang patut...
Ape aku buat? bace doa lah!!! Ape doa yang terlintas??? ...... Doa kau kata? lagu 'yang terindah' Ferhad eh penyanyi dia... aku pon tak tahu.. aku puas nak bace doa yang biasa aku hafaz tu... sumpah! tak terlintas langsung doa kat kepala mase tu...
eeeeee seram sejuk sampai pukul 8 pagi... mulut aku bising bagai duduk kat hospital sakit jiwa misi tu cakap. hahahaha kepala katil aku rentap sampai tercabut!!!! wakakaka.... tobat dah misi tu gamaknya nengok perangai aku! lepas ni terus pencen!
Setelah berjuang, setelah aku musnah kan alat bantuan pernafasan dalam labor room tu.. Misi panggil husband masuk. dia menerangkan kat laki aku rupanya aku bengkak rahim... (mase tunggu kat labor 1 tadi aku tahan, tapi rupanya aku terpush.. hehehe) mana aku tahu misi... kamu ngak ngomong supaya aku baring mengiring! Jadi, kalau dalam 5 minit aku tak bersalin, pembedahan terpaksa dijalan kan. aku dah penat tahap gaban. "Ade air selusuh tak encik?" tanya misi kecik molek tu kat laki aku. "Ade... tapi kat wad.." jawab laki aku gabra... "Boleh encik amik kan? letak sket kat bibir isteri.."
Dalam seminit kot, laki aku datang bersama air dalam botol yang ayah aku buat kan tu... Laki aku basah kan bibir ngan air tu. Dengan kehendak Allah, lahir la Along pada pukul 10.05 pagi 25 ogos 2006, setelah aku bertarung selama 12 jam menahan sakit yang tak tahu la aku nak gambarkan macam mana... Palik eh air yang aku buat tak endah tu... tu lah dia doa seorang ayah utk anaknya... :) thanks abah! Selamat hari lahir yang ke-64. semoga abah murah rezeki dan dirahmati Allah selalu!! Angah sayang abah!!!
No comments:
Post a Comment