Thursday 3 November 2011

Gulai Itik gembo gembo

Assalamualaikum...

semoga dihari Jumaat yang mulia ni, semua orang ceria, dan bersemangat seperti hari hari biasa! aku rase tak macam hari biasa kan? sebab esok dah cuti, malam ni dah nak balik kampung. lembu dah menggigil lutut dah kat kampung. nak jadi korban ahad ni nanti!


dalam kelam kelibut nak balik kampung, aku seperti biasa lah kan? menghabiskan stok lauk dalam peti. Takut nanti balik kampung, lektrik tendang, peti tak idup, hah amik! segala mak nenek ulat hidup dalam peti kau!

Jadi, mari kita masak gulai itik(mak mertua i kasik jugak!). Aku tengok, dengar, orang kata itik ni, kalau tak pandai masak, tak sedap! hanyir dan sebagainya. aku tak pernah makan itik sebelum ni. sejak kahwin ngan insan yang semua pon dia pulun, 5 tahun lepas, aku pon berjangkit penyakit.."tolak kayu ngan batu je..." tapi kan, laki aku, batu pon dia makan! air batu la... gigit gigit lagi. pecah gigi baru tahu!

meh cuba masak gulai itik neh!!

1 kg itik, dipotong kecil, dibersihkan
3 sudu besar rempah kerutub
1 inci lengkuas (dikisar halus)
1 inci halia (dikisar halus)
1 biji bawang besar (bawang poland-kisar halus)
3 bijik bawang merah (bwg kecik-kisar halus)
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
15 tangkai cili kering (kisar jugak...)
40g kerisik (sepeket kecik)
400ml santan (aku guna sikit je... separuh kot)
20gram gula melaka (potong 2 yang korang beli kat kedai tuh)
kayu manis
buah pelaga
bunga lawang
air asam jawa
3 helai daun pandan (tak tahu letak berapa, tapi adik aku amik 3 helai depan umah semlm, pjg sejengkal)





cara-caranya:

Tumis buah pelaga, kayu manis, dan bunga lawang hingga naik bau. masukkan bahan kisar, masak hingga wangi. masukkan rempah kerutub, masak hingga pecah minyak. masukkan itik, masak hingga empuk. bila itik dah betul betul empuk, masukkan gula melaka, santan, kerisik, air asam jawa dan garam secukup rasa, biler dah menggelegak, atau kuah kering sikit, tutup api dan hidangkan kepada raja.

dah siap! dan hasilnya??



























tadaaaa!!!!! gulai itik gembo gembo!!




ade orang tak makan itik, jadi goreng daging pon sodap!!!



haruslah ade teman teman nasik kukus yang lain.. seperti sambal dan ulaman timun! baru nasik kukus PUTRAJAYA di alam warisan!!! keh keh keh...





tetiba? lapor!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




pssstttt!!! lepas ni nak buat itik kari ijo pulak!!! ade brannn???


6 comments:

Rumah Kuning said...

nampak tak sedap pun. hehehe

Yellow said...

aaaaaaaaaaaaa ini lah dia dikatakan,


"indah rasa dari rupa!"



kah kah kah.... perasan kan!!!?

Irfa said...

seumur hidup x penah masak itik.makan pun seinga aku sekali je kot

Yellow said...

irfa, aku kawin ngan org kelate, so mcm2 aku blaja makan.. nasib baik aku ni tolak batu ngan kayu je... tapi perut muda tu.... pahit lah!!! hadoi... magga muda tu... masam lah!!!

obat mata herbal said...

maknyuzzz dagingnya gan.

obat mata herbal said...

wah manteeep.