Thursday 6 October 2011

Fungsi air dalam tubuh badan manusia

Sekarang, saya dalam program mendapatkan kulit, tubuh badan yang sihat...(walaupun tak berapa nak sihat)

Saya mesti habiskan 3 litre of plain water before 12 noon... utk elakkkan water retention. Puas cari definasi water retantion, tahu ... tapi tak pasti.... akhirnya... setelah sms dijawab dengan jayanya oleh Pn Naziha Lazim, saya bertambah yakin menyatakan bahawa water retention adalah proses pengumpulan air.

Biler kita patut minum air yang banyak? Pada waktu pagi, membawa ke petang. Yang terbaik, minum la 2 litre yang pertama sebelum pukul 12 tgh hari. Ini untuk mengelakan air berkumpul dalam badan dlm kuantiti yang banyak lalu menyebabkan kesembabkan (tampak montel air), yang dipanggil water retention kata beautician tu tadi. Untuk kulit yang cantik tanpa JERAGAT!!! ye die siap tegor muka saya ade jeragat!!!! sila minum air yang sgt byk... sambil die membuka satu point di belakang tengkuk saya ketika dia mengurut saya. okay... disini saya terbangang seketika... minum air pon ade point rupe nya.... haip!! jgn lawan.. dia blajar... korang tak blajar okay?


Dalam badan manusia mengandungi 55 peratus hingga 75 peratus air dan air ni sangat penting untuk membantu penghadaman, penyerapan dan penyingkiran makanan yang korang lahap kan setiap hari. Selain tu jugak, air juga membantu perkumuhan "bahan buangan" :) dari usus dan buah pinggang. Aku selalu je kena kencing tak lawas tuh! Jumpa doktor, kompom die kasik aku minum ubat cuci air kencing tuh! ape tah namanya... tapi... sgt la tak sedap okay??

Fungsi lain bagi air dalam tubuh kita ialah untuk menyelaraskan suhu badan 24/7 serta memberi kelancaran pergerakan sendi dan membran. Sesapa yg taknak cepat sakit sendi... sirosis ek? hah minum la air bebyk... Dalam darah kita pon ade air,  92 % kandungan darah ialah air. PAstu darah pulak merupakan sistem pengangkutan yang berfungsi ‘mengagihkan’ nutrien makanan ke seluruh tubuh dan juga bawak oksigen ke seluruh badan... sebab tu kalau pening(tak cukup oksigen), org tua soh minum air bebyk... bukan makan pill killer!! atau panadol!


Rembesan tubuh dan cecair penghadaman hampir keseluruhannya adalah air. Sistem penghadaman manusia menghasilkan hampir 1.7 liter air liur setiap hari. Hah ni tak termasuk air liur terembes ketika terliurkan sesuatu, seperti nasik goreng cili padi di Alam Warisan Putrajaya kan? (pedas weh.. memukau!)

Disebabkan fungsi-fungsi yang penting ini, dalam keadaan normal, tubuh memerlukan antara satu hingga dua liter air setiap hari supaya ia berfungsi secara optimum. ha... kau adooo???
Jumlah ini juga bergantung kepada saiz, diet, sejauh mana individu tersebut mengamalkan gaya hidup aktif dan keadaan cuaca persekitaran.... tapi dietician (eh tadi beautician?) tu ckp... aku kena minum 3 liter air weh!!! banyak tuh... buat mase, dan ketika ini... saya dah habiskan 2 litre air.. tepat pada pukul 12.25 petang... another 1 liter untuk mencapai sasaran sebelum matahari terbenam!!!



semoga berjaya!!!!

No comments: