Friday 24 June 2011

Gout oh Gout!!


Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. (Alhamdullilah... aku perempuan biasa... :P)

Ape tanda2 Gout??

Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki. Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit (eh.. tu bukan cagu ke??). Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari. 

Komplikasi 
Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’. Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’. Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
  • Kegemukan
  • Darah tinggi
  • Hiperlipidemia
  • Diabetes (erk!)

Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh ye kawan2... tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya. Rawatan serangan akut. Rehatkan sendi semasa serangan gout. Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor). Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor). Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang. Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan. Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.

Rawatan Jangka Panjang
  • Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, kamu2 haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
  • Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan (dengar tuh?? gi main skipping 100x cepatan!!!!)
  • Mengelakkan minuman keras ( ko Islam kan? ha.. yang ni mungkin selamat la...)
  • Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
    Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi. (ha... mesti korang tanyer purin tu ape...jap2..)
Pemakanan
  • Foods that contain high "PURIN"
  1. Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak (memang budak tu tak makan)
  2. Ikan bilis, kembung, sardin (peberet budak tu la plak!)
  3. Daging cincang (huih...lagi peberet)
  4. Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging(peberet aku neh)
  5. Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
  6. Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  7. Peanuts, lentil, beans and peas
  8. Poultry
  9. Roti jagung dan bijirin
Pencegahan
  • Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
  • Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
  • Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
  • Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
  • Minum banyak air

Gout boleh diwarisi? Mesti lah!!! ko ingat tanah je kena ade pewaris? hew hew hew.. kesitu la plak... tapi bergantung jugak macam mana kita jaga diri kita...

 saya takut la... "budak tu" kena gout.... hmmm lepas ni tak nak beli daging, udang ketam dan seangkatan... VEGE sajo lah!!!Tapi kaki "budak tu" berbalut, bukan sebab gout... sebab injured lama, memerlukan rawatan susulan seperti satu pembedahan mungkin? itulah... kite selalu kata "salah urat tuh!! g ngurut la.." urut punye urut.. makin bengkak... bak kata pepatah.. dun judge a kaki by its kulit... judge it by MRI scan!!! baru nampak nokk ape jadi kat dalam!!!

p/s: panjang bebeno n3 neh.. almaklum la.. dulu kecik nak jadi doktor.. skang terjadi QS la plak...

No comments: