Thursday 21 April 2016

Jumaat, 22 April 2016


Assalamualaikum. Hari Jumaat berbaju kurung. Hari lain tak leh pakai baju kurung ke? Tak de ah... sebenarnya dah biasa kat Uni dulu setiap Jumaat kena pakai baju kurung.... gittew... mungkin zaman skang org pakai jubah gi kelas.

Haihh... tetiba hari ni terasa pelik dengan segelintir manusia yang suka mempersenda kan kejayaan orang lain. Tak kira la kejayaan dari segi apa. Mungkin kejayaan membina keluarga bahagia? kejayaan kat tempat kerja ke. Kenapa nak ketawa kan hasila usaha mereka? Mungkin tak besar di mata mata anda semua... tapi mungkin bagi dia penuh dengan rintangan kot dia nak peroleh kejayaan tu!!! tapi takpa. buat apa nak fikir apa orang nak kata, janji hati wa ada sinang... eh eh... orang kata kat ko ke nenek? hahaha tade tade...

Satu lagi... tak baik tau nak hina orang buat ibadat... "Awak ni... sembahyang tonggeng terbalik.. ingat awak masuk syurga kalau mulut mcm ni?" iskkk bawak mengucap... sapa la kita nak nilai urusan dia ngan tuhan.. isk isk isk.... eh eh orang kata kat ko ke nenek? hahaha tade tade...

Tu lah dia... bila marah dah merasuk jiwa.. dah tak boleh pertimbang kan apa yg nak keluar dari mulut... Tapi amarah ni... sapa boleh kawal... wa tabik spring toink toink!!!

Jadi untuk diri sendiri... watch out lah bila kita berkata kata... kerana setiap kata kata kita adalah doa yang melantun lantun..

No comments: