Semoga kamu sihat sejahtera hari ni. Masing-masing bangun pagi-pagi menghantar mama ke kereta nak babai mama, nak cium mama, nak salam mama... Ya Allah terima kasih atas kurniaan ini. Ye aku hilang satu ciuman yang biasa di pagi hari... tapi Kau ganti kan dgn 5 ciuman bauan syurga dari-Mu ya Allah.
Untuk anak sulung mama. Jaga adik-adik mu nak. Mama takkan ada sentiasa. kamu lah harapan mama. Jangan tinggal solat, kerana solat la akan menjaga kita kelak. eh kenapa mama emo pepagi hari ni kan? sebab semalam anak baca blog mama. Pastu sorang-sorang ketawa mengekek-ngekek... Alololo sweet nya anak.. mama dia tak tahu la nak gelak ke nak apa... sebab dah seminggu bermuram durja. Sindrom-sindrom begini bak kata anak sulung, biasanya terjadi sebulan sekali untuk mama. Wah!!!! sweet lagi anak mama
Anak kedua, semalam dia bising mama asyik cerita pasal along kat blog. tade pon pasal Aliss. Mama tak puas hati, scroll laju laju lalu terjumpa la post pasal dia. terus senyum simpul gulung gulung macam kek gulung. alahai manisnya Aliss... kalau gosok gigi 5 kali sehari lagi manis nak.... hihihi takpa rahsia Aliss mama simpan, janji!
Sasa sikurus, cantik manis. Semoga Sasa jadi anak solehah, penyejuk mata mama. Sasa kena kuat, Sasa tak boleh asyik menangis.. nanti along ngan Aliss lagi suka.. Kita kan geng... kalau ada orang buli Sasa, Sasa bagitau mama. Nanti mama datang menyelamat. Tapi maaf kalau mama lambat sampai... ye laaa kan Sasa selalu kata, mama dah gemuk, tapi tetap cantik! wahhhh nanti mama belanja COCO Pie.
Hi anak ke 4!! Sayang Akid.. sayang Akid banyak-banyak... Akid jangan tumbuk kakak tau.. Akid kena cakap baik-baik... Akid kalau geram kat Ammar, jangan la tarik telinga Ammar.. nanti kalau koyak, sapa nak ganti? hahahaha Akid kena janji... kena makan.. kena minum susu.. ramai orang sayang Akid.. nanti kita pergi kolam lagi.. Akid nak tidur hotel kan? Insya Allah... nanti kita pegi
Hi anak bongsu mama!! mama mintak maaf Ammar... mama mintak maaf... nanti besar Ammar akan faham ye nak
Untuk semua anak mama. Mama mintak maaf. Selagi nyawa mama dikandung badan, mama akan menjaga kamu, cuba membahagiakan kamu. Maaf mama tak mampu bagi kamu membesar seperti kanak-kanak yang lain. Besar dugaan kamu wahai anak. Tapi mama bangga punya anak seperti kamu semua. Kamu hebat. Kamu kuat. Mama sendiri kekadang terkulai. Allahuakbar.