Tuesday 20 March 2012

Ber ronok-ronok

Haaa... seronok sgt sampai jadi ronok ronok!!

Hai senang nya dalam hati, rumah kita dah siap! Insyaallah.. takde dah debu debu berterbangan lepas ni..(mintak mintak la en laki tak buang tebiat start projek mega dia tahun ni..) kalau tak, mati mak! kena kemas lagik!

Sekarang, tinggal nak susun semula waktu, nak tidy up jadual masuk tidur bebudak ni dah kucar kacir beberapa bulan akibat mama ngan abah mereka mengrenovate umah, tapi tak pindah... huh saddis sungguh cam buruh kasar anak anakku waktu tu. sorang pegang berus cat, sorang pegang drill! hah hamik kau!

bercakap pasal nak susun semula waktu tidor budak budak ni, terpikir plak aku kan? mase tidor org tua ni macam mana? aku rase kena tetap jugak la... baru boleh sihat, kulit cantik, nampak muda... eh yang paling penting, mampu bangun seawal 4.30 pagi mcm abah aku untuk mengerjakan solat sunat!! bangun dan terus mandi. wah! awet muda sgt abah aku ni.

Yang peliknya, jam kat telipon berbunyi bagai nak pecah pon tak dengar kau! kalau sebijik, tahan.... ni 2 bijik!! aku rase, alarm tu kena set suara Faizal  Tahir kejut aku bangun tidor la.... hahaha eh tak lah suara laki aku lagi lunak dari FT tau... romantik gitew... "awak... bangun awak... pukul nam dah ni... " sambil tolak tolak bahu aku yang tido membelakangi dia.. haip! tak baik tido membelakangi somi tau! eh dah mintak maaf sebelom tido la... aku tido tak sedor diri sket.. " eh awak bangun la dulu... " aku jawab... tengok? bangun tido dah menjawab! " awak tengok ni.. saya dah bangun... awk bangun la pulak..." bila aku berpaling.. hah!!! aku dah agak! manis bagai gula sgt laki aku ni... memang dia dah bangun, tapi duduk dikaki katil, mata pejam, sambung tidur bertopangkan kaki katil! huh!! tak aci betol.... eh jadi dialog plak...

tu lah dia. susahnya nak bangun mcm org lain... 5.30pagi ke? hmmm aku kena makan suppliment ke? tapi ade ke suppliment bangun awal? kalau aku tanya farmasi, kena gelak kot?

kalau aku tak cari jalan nak bangun pagi, kompom benda ni akan berlarutan, jadi ikutan kat anak anak.. tak best la cam gitu kan? nak la kepimpinan melalui tauladan.. ha.... best sket dengar... hehehe mungkin aku kena tido mata bertongkat ngan mancis kot... mata terbeliak gitew... hahaha takut plak si SASA nak tido sebelah aku kang... ade yang kata, tidur awal.. eh lagi awal aku tidur, lagi lambat aku bangun...

Ada jugak yang kata jgn makan malam terlalu lewat. paling lewat, 7malam. adoidoidoi... en. laki sampai umah pukul 8.30 ye? gedebak gedebuk.. makan kompom 9mlm... pergh! terbaik tidor dengan perut penuh dengan paprik ayam kegemaran afiq... :(

mungkin aku kena pasti kan tempat tidur tak berapa selesa, takde la rasa nak tidur sgt! dulu ustazah fardhu ain aku kat LEPEH (LIPIS) penah citer, nabi kita, tidur berbantalkan buah kelapa, suapaya senang dia bangkit utk solat hajat. ye la... tengah lena dibuai mimpi, buk tergolek... tersedar... haaa.... kena buat gitew gamaknya.... tapi boleh ke? kompom tengah malam, cari bantal busuk aku...

banyak sungguh alasan! nak seribu daya, taknak seribu dalih la nenek oiii!!!!

BAIK LAH!!

** oh ye contoh dialog tadi hanya berlaku bila mana mata terbuka pada pukul 6 pagi. kalau 6.45pagi, tiada lagi dialog dialog manis bagai gula iteeeww.. yang kedengaran, hanyalah suara tarzan aku!!! muahahahaha. jadi, tolong la kengkawan... saya mahu bangun awal! bagi lah cadangan anda yg paling pelik dalam dunia ni, asal aku boleh bangun awal.

4 comments:

cik fanako said...

yeayy.dh blh wt mkn2!
mee kari laksa 1!!!!

Yellow said...

hahahaha... nanti nanti.. aku kena mintak resepi kat rumah kuning dulu!! huhu

mampoih kena marah.. setiap kali nak buat, setiap kali kena mintak!

Irfa said...

setiap hari bekerja aku set alarm jam 6.00 pagi tapi aku bagi extra 10 minit baru betul2 bgn

kalau santu ahad bgn jam 6.30 pagi dan lepas subuh tido balik.huhu

Rumah Kuning said...

saya boleh tidur lambat tapi nak bangun awal susah le sikit. hehehe. kunci jam pukul 5.30, pastu bila bunyik tambah lagi 10 minit. sambung tidur, jam bunyi pukul 5.40, tambah lagi 10 minit. lastnya jam 6.00 baru bangun.