Thursday 29 December 2011

row your boat!



Row, row, row your boat,
Gently down the stream.
Merrily, merrily, merrily, merrily,
Life is but a dream.



Pejam celik, pejam celik dah nak habis 2011. terasa baru semalam nengok bunga api menyambut kedatangan 2011. Ape pon, aku sangat bersyukur yang aku tersedar dari mimpi ngeri. ye, hidup ni ibarat mendayung sampan di lautan, tak tahu mana hala tuju. Insyaallah kalau kita berpegang pada ajaran-Nya, kita akan sampai ke pantai dengan selamat. tapi apa jadi kat di tengah perjalanan? tiada siapa yang tahu. ujian dari Allah silih berganti, menguji keimanan, menguji cinta, kesetian setiap insan. bersyukur lah jika kita diuji kerna pasti Allah telah sediakan sesuatu disebalik ujian itu dan yang paling pasti Dia sayang kita jika kita diuji.

ade gaya ustazah tak? hmmm bukan aku meniru, mengedit bait bait ayat di atas. tapi hakikat, kita setiap insan, pandai berkata kata bila "we experiance it before". sayang nak tinggalkan 2011? jawapan aku tak.. buat ape nak dikenang benda yang dah lepas. mungkin ada kenangan boleh disimpan. tapi ade setengah kenangan yang perlu dibuang. Buat Laki tersayang, saya minta maaf kerana terlalu banyak melukakan hati kamu untuk 2011 yang bakal berakhir. sesungguhnya saya manusia biasa. Tak sabar nak mulakan lembaran 2012 nanti. Semoga Allah merahmati kehidupan kita sebagai suami isteri, mengurniakan kesihatan yang berpanjangan untuk kita dan anak anak Insyaallah.

2011 ni aku mula menulis blog. kenapa aku menulis blog?

Saya suka awak menulis, at least masa awak takde ape ape nak buat, awak boleh menulis, takde la awak mengenang benda benda lepas yang tak elok tu. saya suka baca tulisan awak...
okay ayat last tu aku tambah! hahaha

Ye.. memang aku ni banyak sangat benda yang nak dikenang, banyak sangat perkara perkara yang di label 'PRECAUTION'. yang mana dalam tak sedar aku menyempitkan fikiran aku sendiri, menyusahkan insan yang paling aku sayang, Laki aku. hehehe... jadi? aku kena berubah! ( eh aku je ke kena berubah dan berusaha? ko pon kena... sila beli aiskrim magnum hari hari.. kita kongsi makan.. supaya kita gemok bersama-sama)

Memang aku tulis blog untuk hilangkan stress. untuk lupakan kisah silam yang amat hitam dalam hidup aku. jadi kesimpulannya aku tulis blog suka suka. tiada motif lain seperti ingin glemer... wakakaka... gila glemer plak dicop aku pasni. jadi bila ade yang tanya, suggest aku pasal penulisan aku yang lebih kepada kehidupan, cerita mengarut aku ni, aku tak buat ape ape, cuma masuk telinga kiri, keluar telinga kanan... sebab aku tekad, blog ni untuk suka suka. bukan untuk ceritakan kisah silam yang pahit tu mahupon berbangga dengan kehidupan sekarang.

why not you write in English? so you can gain more reader?

Jawapan aku? hahaha aku tak fokus pon nak soh org seantaro donia baca blog aku. cukup la sekadar kengkawan yang lama tak dengar berita, sedara mara yang nak tahu perkembangan anak-anak, tak kurang juga STALKER STALKER berjaya di abad ini... ngeh ngeh ngeh anda telah dikesan! terima kasih kerana sudi membaca hingga ke lembaran terakhir wahai stalker ku sayang! hmmm jawapan aku ni bukan lah disebabkan aku anti, atau aku tak pandai menulis/bercakap omputih ni.. cumanya aku merendah diri.. hahahah tak hengat punya alasan! memang aku taknak stress stress la kat blog aku ni.. gedik gedik santai sudah... aku kerja kena cakap omputih ngan boss, BQ, specification, method statement semua tulih omputih, tulih email pon kena berbasa basi omputih, laki aku pon cakap omputih ngan aku... ingat aku larat? eh laki aku kecek kelate.. bukan omputih salah channel..

Okay masalah besar aku jelas nyata dan terang disini. tak boleh serius dalam sesuatu hal. tadi aku tekad nak buat entri ni se-serius mungkin... tapi mana mungkin perangai main main aku ni hilang? samalah kalau aku menegor anak anak buah aku kat opis... memula tu dah gempak dah.. nak terkeluar bijik mata dah marah, sekali berakhir dengan aku gelak besar depan derang.. kalau korang ade boss cam aku, korang takut? mesti tak kan? tapi tak la bermakna aku boleh dipijak kepala...

Okay la... untuk tahun 2012 yang bakal tiba, aku doakan semoga semuanya berjalan lancar, kesihatan yang berpanjangan, kekayaan..(dilimpahi rezeki yang halal) dan kebahagian. mohon maaf kalau terkasar bahasa, mengguris hati dan perasaan, sepanjang aku tulis blog aku yang tak seberapa ni.


p/s : pagi jumaat ni, aku bersyukur kehadrat Ilahi kerna masih dapat melihat raut wajah suami dan anak anak setelah bangkit dari MIMPI... Syukran Jazilan ya Allah!



4 comments:

rumah kuning said...

Tabik spring dgn tulisan u. tapi i nak tegur satu kat sini. nape u tulis macam esok je nak thn 2012. lambat lagi le... tak nak cepat-cepat,nanti kena gi sekolah.

Yellow said...

hehehe

rumah kuning ku sayang, sila lah bangun dari mimpi indah cuti sekolah tu.... marilah kita kembali ke sekolah!!


p/s: kasut sekolah, handbag sekolah baru dah beli??? :P

Irfa said...

emm panjang sekali tulisannya buk
tapi sy suka je membacanya

semua org ada 'kenangan pahit yg tak nak dikenang' tapi pilihan utk menderita atau bahagia adalah pilihan hati kita.

sy pilih utk bahagia..so saya akn berusaha utk itu

Yellow said...

irfa... aku pon pilih utk bahagia. jadi aku dah berusaha dan terus berusaha. semoga aku peroleh keredhoan dari-Nya