Sunday 7 August 2011

Ber Kuzi Ayam

Balik Kuantan hari tu pegi pasar tani kat stadium... best gak.. byk sayur2 segar... Sayo kampung ah... eee dlm perut, macam2 menu dah keluar... then, sampai la kat gerai makcik Temah jual rempah... Mak ai, aku kalau nampak rempah memang meroyan nak pi beli bebyk.. macam la pandai masak sgt kan? tak... sebenarnya aku nak penuhkan bekas rempah yang aku beli kat Ikea tu hah.. Cun kalau bekas2 tu penuh.. ala2 Cheff at Home gitu.. Antara renpah2 yang masuk dalam handbag aku (okay handbag aku beso gedabak... sumbat ape pon boley okay?) adalah rempah kuzi... so nak kongsi cuci mata gambar kuzi ni ngan korang, nak ajak kongsi makan, tak sempat kan? abis licior.. sedap la  tuh! cakap je.. jgn malu2...



pergh!!!! aku kan... kalau masak, hiasan mesti grand, org nengok, Ya Allah teruja nak makan.. tapi biler makan? hahahaha takpe2 boleh isi form utk komen ek... segala kritikan anda saya hargai dan cuba baiki...hik hik hik..



Mesti lah ade die ni... Eh eh adik aku hamik gambo roti jala 1st trial... memang la tak lawa... tak menjadi mula2 tuh. mana tak nya belbagai lipatan dah aku reka... akhirnya aku akur yang gulong bulat2 yang biasa org buat tu adalah yang terbaik!! haih... terbantut cita2 nak jadi chef.. :(


seperti biasa, sebelom aku lupa resepi kuzi ni.. aku nak tepek kat blog ni, esok2 kalau aku nak masak, bulih la nengok balik n3 ni... mungkin bagi org lain.. alah senang bangat deh masak kuzi.. bagi aku? setiap  kali masak, should have sekeping A4 yang aku dah print utk aku kerling2 mase masak, kekadang sampai naik juling bijik mata..berpinar2!


Bahan2 : 
Ayam sekor (aku suka potong kecik2)
Kentang (Aku pon suke potong kecik2)
Daun Ketumbar
Tomato Belah 4
Gajus sket
Kismis hitam sket
1 tin susu cair
100 gram Rempah kuzi

Bahan kisar halus
3ulas bawang putih
6 ulas bawang merah (aku guna sebijik besaw bwg besa.. malas nak kopek bawang byk2... penat bulan pose neh)
2 cm halia
2 tangkai lada hijau

Penumis:
sebijik bunga lawang
3 bijik bunga cengkih
4 bijik buah pelaga
kulit kayu manis... 3cm agak2 ah...


Cara2:
Tumis bahan blender hingga layu dan masukkan penumis. Goreng hingg naik bau dan masukkan rempah kuzi, goreng sampai wangi dan garing. Masukkan ayam, tomato, kentang, susu cair garam dan gula. Masak sampai kuah pekat dan masukkan gajus dan kismis. tabur hirisan daun ketumbar masa nak idang! 




**1st time makan roti jala ngan kuzi ayam ni kat umah biras saya semasa derang bernikah tu hari... sedap la plak!! nak makan byk, malu wei... org lain dah benti makan... aku dok bersimpuh bersimpul2 makan lagik dan lagik... takde pulak gang aku nak makan byk2 setiap kenduri... ooooH yea... die pegi mekah mase tuh!!



2 comments:

Rumah Kuning said...

sempat lagi mengata kita mkn byk ye??? mentang le kita gumukss. hehe

Yellow said...

Haip!! jgn marah... nanti kena jual!!! hahaha