Monday, 27 June 2011

Stew Oh!

Ni la pompuan, asal rasa nak memasak je, masak masakan omputeh.. ceh... kau ni kalau dah lidah org lipis, lipis la jugak.... tak pe.. sapa kata org lipis tak pandai makan stew? pandai weh!!! Saya suka masak stew ni sebab... rich woh!! hahaha senang, semua ade dalam! all in one wa cakap lu! dan boleh makan byk kali.. panaskan byk kali, lagi sedap rasa dia. Stew daging ni ade banyak version, version saya ni tak pasti la dari negara mana, mungkin bukan omputeh kot.. mungkin dari india... :) suka awak ye mazwan..

Bahan2 nya:
* 2 biji bawang poland dipotong daduu
* 3 ulas bawang putih dipotong dadu
* sedikit butter utk menumis
* seketul kiub daging
* daging cincang (saya suka buat sendiri, lebih manis dan kurang lemak)
* 2 batang celeri potong kecik2
* 2 biji kentang potong dadu
* tomato puree satu tin kecil
* 2 biji tomato potong dadu
* Lada benggala or capsicum potong dadu
* 2 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus
* 2 sudu besar sos tomato
* 2 sudu besar sos cili
* Garam dan perasa tambahan (ajinomoto takmo letak banyak.. kang pening kepala)
* sedikit tepung utk coated daging

cara2nya:
Panaskan periuk dan cairkan butter, masukkan hirisan bawang yang dipotong dadu tadi. Bila naik bau, masukkan hirisan tomato. Biler tomato tadi dah nampak layu (mcm pokok tak siram air plak kan) masukkan daging yg telah dicoated ngan sedikit tepung tadi. biar mereneh selama 5 minit. Kemudian masukkan tomato puree, kacau hingga sebati dan masukkan air serta kiub daging tadi. Masukkan gula, garam, segala macam  sos, Lada hitam dan kacau. Masukan kentang, carrot, (eh mana dtg carrot?) dan sayuran agak keras. masak hingga empuk dan masukkan sayuran seperti batang celeri dan capsicum. Reneh hingga pekat. Kalau sesiapa yang suka kan stew yang agak pekat, boleh la tambahkan sedikit tepung jagung... Dah siap.. boleh makan... makan la ngan roti perancis ke.. ala... tak payah perancis2 roti gardenia pon jalan.... kenyang.. burpp..!!! Alhamdullilah...


p/s: stew daging lebih enak, manis berbanding stew ayam.. saya tak pernah try stew ayam.. mungkin korang boleh cuba!!

No comments: