Friday, 4 November 2011

Perbezaan air mineral dengan air minuman

Assalamualaikum..

hari tu aku ade cerita nak beli water filter yang tercongok kat luar umah tu kan? pastu sekarang ni, aku dok servey pulak utk dalam umah pulak...(servey je lah! beli, belom tentu!) banyak no yang ade dipasaran sekarang ni. apartment lama aku tu dulu, pakai bio aura. okay la jugak kot. skang ni aku nak cari yang ade hot and cold dispenser pulak. jadah kan? bak kata laki aku....


"awak ni, asyik beliiiii..... je. ce jual pulak??"

hai en.laki, apekejadah aku nak jual pulak, nak jual ape? pampers terpakai? hahaha laki jeles la tu ngan bini! asyik nak membeli. aku bukan hape, dari laki beli air kat bawah flat tu, baik kita tapis sendiri kat umah nak? terjamin la sket kebersihannya... ye dak laki?? tak lah laki kena bawak bekas bebanyak gi beli air yg RM0.10 tuh!


gigih tak? balik kerja, tak salin baju, terus gi beli air.. alololo... laki sape yang swit sgt neh...?



hah! amik... 8.7litre.. bersamaan RM0.87, ko ado? murah nak mamps...
tapi kualiti air dia macam mana pulak eh?


ini bukan iklan tupperware ea? segala mak nenek bekas kat umah kita hangkut!!!


mak nenek ni ikut jugak! masuk tak kain batik pakai ngan selipar cap boya neh? in tak???
bini amik gambo je. hangin je laki kena tadah air bergelen gelen!!
 "itu la sayang... kan i dah ajak beli panasonic purifier macam mama tu. tak lah mahal sgt..."




ni hah! comel kan merah? kalau ade kuning, lagi comel...!



Reverse osmosis atau lebih glem dengan nama R.O water ni, adalah air paip yang telah melalui proses penyulingan dan ditambah sikit dengan mineral semasa proses penyulingan tu. Kalau jual kat kedai pun, korang tengok yang penutup botol dia pon ade beza ape... kalau air minum, aka RO ni tadi, mesti penutup dia kaler putih.


Mineral water pulak, air dalam tanah yang disedut keluar dan juga menjalani proses penyulingan. tapi air dia rasa lebih sedap berbanding air minuman yang agak tawar rasanya. ia lebih semulajadi dan lebih selamat dari ancaman musuh. musuh mana pulak neh? kalau jual kat kedai pulak, penutup botol dia mesti kaler biru atau hijau. ade kaler lain tak? tak de rasenya... 2 kaler ni saja. lagipon tengok la perbezaan harga kedua dua air neh... kan banyak beda nya!

huh dari nak servey water purifier, dah jadi promoter jual air pulak aku neh.. ape ape pon, pilihan di tangan anda, anda la yang layak memilih yang terbaik utk anda dan keluarga. iklan ini tak disponsor ye.. tumpang lalu je.

Thursday, 3 November 2011

Gulai Itik gembo gembo

Assalamualaikum...

semoga dihari Jumaat yang mulia ni, semua orang ceria, dan bersemangat seperti hari hari biasa! aku rase tak macam hari biasa kan? sebab esok dah cuti, malam ni dah nak balik kampung. lembu dah menggigil lutut dah kat kampung. nak jadi korban ahad ni nanti!


dalam kelam kelibut nak balik kampung, aku seperti biasa lah kan? menghabiskan stok lauk dalam peti. Takut nanti balik kampung, lektrik tendang, peti tak idup, hah amik! segala mak nenek ulat hidup dalam peti kau!

Jadi, mari kita masak gulai itik(mak mertua i kasik jugak!). Aku tengok, dengar, orang kata itik ni, kalau tak pandai masak, tak sedap! hanyir dan sebagainya. aku tak pernah makan itik sebelum ni. sejak kahwin ngan insan yang semua pon dia pulun, 5 tahun lepas, aku pon berjangkit penyakit.."tolak kayu ngan batu je..." tapi kan, laki aku, batu pon dia makan! air batu la... gigit gigit lagi. pecah gigi baru tahu!

meh cuba masak gulai itik neh!!

1 kg itik, dipotong kecil, dibersihkan
3 sudu besar rempah kerutub
1 inci lengkuas (dikisar halus)
1 inci halia (dikisar halus)
1 biji bawang besar (bawang poland-kisar halus)
3 bijik bawang merah (bwg kecik-kisar halus)
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
15 tangkai cili kering (kisar jugak...)
40g kerisik (sepeket kecik)
400ml santan (aku guna sikit je... separuh kot)
20gram gula melaka (potong 2 yang korang beli kat kedai tuh)
kayu manis
buah pelaga
bunga lawang
air asam jawa
3 helai daun pandan (tak tahu letak berapa, tapi adik aku amik 3 helai depan umah semlm, pjg sejengkal)





cara-caranya:

Tumis buah pelaga, kayu manis, dan bunga lawang hingga naik bau. masukkan bahan kisar, masak hingga wangi. masukkan rempah kerutub, masak hingga pecah minyak. masukkan itik, masak hingga empuk. bila itik dah betul betul empuk, masukkan gula melaka, santan, kerisik, air asam jawa dan garam secukup rasa, biler dah menggelegak, atau kuah kering sikit, tutup api dan hidangkan kepada raja.

dah siap! dan hasilnya??



























tadaaaa!!!!! gulai itik gembo gembo!!




ade orang tak makan itik, jadi goreng daging pon sodap!!!



haruslah ade teman teman nasik kukus yang lain.. seperti sambal dan ulaman timun! baru nasik kukus PUTRAJAYA di alam warisan!!! keh keh keh...





tetiba? lapor!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




pssstttt!!! lepas ni nak buat itik kari ijo pulak!!! ade brannn???


Kerja lah engkau sebelum engkau dikerjakan.

Assalamualaikum! (eh? kata banyak keja? ni byk no entri dalam sehari kau nak buat nenek...?)

tumpang lalu ye... sekejap je. eh?! dah nak raya? alamak... kerja tak siap laie neh. banyak pulak tuh! 4 tingkat basement, 4 blok, 27 tingkat setiap satu blok. weh boss, kalau aku ni ngandong, dah lama aku nak terberanak tau dak? nak siapkan sebelom raya haji ye nenek kebaya... ape?? tak siap tak leh cuti??? pigi dah... malam esok aku dah babai! jumpa selasa naaaa???!! tata boss!!


dulu, aku cukup tak suka anak buah pakai fan scale rule neh.. tapi apo nak dikato, scale rule aku, anak aku berjaya patahkan.. hai lah anak, dalam sejarah 9 tahun mama kerja, takde lagi yang berjaya patahkan scale rule tau?!



gigih aku nak kira besi besi dalam beam ni... aku nak raya woi!!! korang tengok tu, kat situ lah tisu lap hingus, telipon,(nak check laki kat mana lettew..) susu pembekal tenaga dan juga pokok yang dah nak mampus, tuan die tak kisah! kalau boleh, aku nak boss supply kan wayar utk aku minum air dan buang air.. oh ye, wayar utk makan sekali ek? baru la aku tak bangun-bangun buat kerja. dok la situ diam diam dari 9 pagi ke 5 petang! eh jam kita keemasan lah!!! kah kah kah...



aku poundage kan aje besi besi ni semua. tak kuasa nak kira satu satu... tapi, anak buah yang lain tak boleh buat mcam tu okay? kira satu - satu! aku tak pe... aku kan BOSCH!!!! ??

Wednesday, 2 November 2011

gulai tempoyak ikan patin versi kuala lipis

Assalamualaikum....

tajuk pasti lah gempak.. supaya menang oscar!! walau pon beberapa kerat je yang baca blog ni, tapi tak pe.... aku sedar bahawa blogger baru, sapa lah nak pandang... ceh....

apa apa pun.. hari ni bersemangat gi kerja, walau pun pepagi hari, terpaksa meredah hujan, banjir depan sekolah anak. huh.. kereto den dah la kocik... berdecit decit tali kipas kena air...

meh layan gambar lauk smlm.... simple je.. tapi dah lama tak makan. hari tu cadang nak balik jumpa mak, tak jadi... mak dah beli banyak lauk.. jadi dia kirim la kat adik laki aku yang duduk serumah ngan aku sekarang ni, bawa balik ke puchong... kebetulan minggu lepas, laki dapat pulak sayur kegemaran bini. pucuk paku... apekah? memang saya orang kampung. sayur kegemaran... paku pakis, kangkung tepi longkang. korang masak 4 kuali pon aku boleh habiskan . rilek je...


sape tak kenal pucuk paku? meh sini nak tunjuk... ni hah pucuk paku belom masak...



ni dia kalau dah siap masak... aku tumis bodo je. letak kicap segelen... tu yang hitam gelap gelemat!!!



sedikit ulam-ulaman cinta... kenapa cinta? ntah... kat opis ni semua nak ade cinta kat blakang... hamun sungguh! daun kadok tu petik depan umah tepi kolam ikan... petai tu... ibu mertuaku bawak... timun juga disponsor oleh ibu mertuaku... jangan jeles! banyak makanan sponsor disini.... musim hujan katanya.. perut lapor sokmo!! :)

dan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


pelakon utama malam tadi... ikan patin buah sungai temerloh (mak haku sponsor)... sedap sampai menggigil badan makan ikan neh.. tapi pada sesiapa yang tak gemar... menggigil lutut cabut lari!!!! kah kah kah....
eh nampak tak sudu tengah ceduk gulai? ye.. tu ayah ngah tengah senduk gulai.. bukti yang aku dah berjaya hasut orang kelantan makan ikan patin!!! mase ni mesti ayah ngah tensi... orang nak makan, apehal la akak ipor aku ni serabut perut dok snap gambor.... hahaha ade akak kau kisah? dia muka tak tahu malu weh!



buat gulai ni senang yang amat. sambil menangis pon boleh buat, semalam, dalam hujan lebat pon aku boleh buat tau! dalam tempias2 hujan tu, gigh aku menumbuk 30 bijik cili burung ngan kunyit utk rencahnya! amik kau.. mak aku kata,

"terkeluar la punggung saper makan gulai awok neh... pedas sgt nanti!"

"ala.... mak, rilek le... cili bandar ni mana datang pedas nya... saya buat ulam je cili kat sini... bukan cili kat lipeh (baca kuala lipis) yang orang asli jual tuh! 5 bijik dah pedeh(baca pedas) berdesing!!!" kerja menjawab orang tua cakap, korang bagi lah kat aku.. bak kata adik aku mazwan...

"mak, cakap ngan paria ni memang tak menang ke kita! menang ke dia sokmo!"
cait!!!! paria kau panggil aku ek?? tak pe... tak pe...




laki aku makan banyak... aku ingat dia nak puji gulai aku... rupe nya dia pegi puji....


"sedap petai ni..."

apekah???? hoi cik abang, petai tu ulam jeww.... tak payah masak.. tak payah la nak puji puji....!!!!
bincik tau!!!



sudah lah... tetiba sedih sebab laki tak puji bini... baik buat keja... esok nak balik raya haji dah!!!





terima kasih sudi membaca!!
p/s: niesa, kau tak de pulak sakit perut ek makan pedas smlm? aku saje masak pedas pedas. nak suruh kau makan sikit, sekali 4 kali kau tambah.... :)

Tuesday, 1 November 2011

Cerita Orang gaji

"Atie, awak nak tak orang gaji ni... pak ngah boleh ejas sorang.."

"Entah la mak.... rasa macam..."

"Serik dah eh? mak pon rasa serik... asyik dapat yang tak berapa nak kerja... tak pela... keja umah tu slow slow la buat..."

"Ye ah mak.. takmo la... biar je la saya handle sendiri, kalau tak larat ... saya tinggai je... muahahaha..."

"Awok memang suka kain baju bersepah kan???"

"Idok le mak... tak larat!! (kah kah kah..)"






Assalamualaikum... harini pepagi mak dah telipon... rindu leteww!! hahaha.... lama dah tak jenguk diaorang. minggu lepas, cadang nak balik, tup tup... mak mertua buat surprise!!! terjojol mata aku MIL tercegat luar umah pukul 4 pagi ngan murtabak raja sekotak!!! yeay!!! heaven kau... aku makan berdikit dikit jugak walaupon banyak... sebab... SAYANG! kah kah kah... boleh?


Mak tanya nak pakai maid tak? hmm.... aku ni bukan ape... ramai sgt dah aku pakai maid. macam-macam gaya maid dah aku jumpa. yang lawo, tak tak berapa nak lawo. yang tak lawo, berumur tapi rock! macam macam lah!

maid 1 : aku pernah jugak pakai maid yang balik hari. isk... yang ni dahsyat! dah la lawo, rajin nak mampus buat keja... kecik molek orangnya... pandai cakap bahasa kita ni... enteng saja! tapi... die dok ngan laki, balik lambat sket, batang penyapu kasi naik kalu! ade penah satu hari, aku nengok dia ni muram je... pastu aku tengok lengan dia lebam lebam... adeh... dia kata... "kak, saya kena pukul sama abang semlam!" aku tanya la kenapa? "koknya saya pulang lewat, kak bagi duit gaji, saya ke pasar malam, belanja sikit, koknya marah kenapa duit dibelanja, dia mahu semuanya!" base keparat kan? bini keja, kau ngangkang kat umah, cukup bulan, mintak duit... pastu tak kasi, batang penyapu hinggap kat badan... no good no good... sian kat bini kau keja keras, panjat tingkap nak dapat duit tau.... pastu aku berani gi sound laki dia... kalau nak keja pon aku boleh cari kan, tapi jgn la pukul wifey die.. (sebab aku nak si SILA ni keja ngan aku lama. dia tip top la buat keja.. i like!.. oh nama dia SILA... -sila lah naik...hehehe) aku takut gak dia marah-marah.. tapi Alhamdullilah... dia nak keja.. Akhirnya SILA berenti jugak. Alasan? dia selalu sakit. selalu tak datang keja. laki dia selalu tak bagi dia pergi kerja. sebab laki dia dah keja, ade duit. jadi SILA tak perlu kerja keras lagi... pulak... jadah kan? aku la yang silap kasi laki dia kerja... wuuuuu aku sedih la kehilangan orang gaji aku yang ni...


maid 2 : Mak kawan aku yang cari kan. tip top jugak, but umur 40++. Indon ni walaupon dia dah berumur, tapi buat kerja, cargas kalah aku yang umor tak sampai 30 neh! adeh... menangis aku nengok ketangkasan dia buat keja! tapi, hari pertama kerja, mintak pinjam duit sudah! mak meninggal kat kampung. Adeh... aku kalau bab mak meninggal la, ape la... memang lemah semangat, ketar lutut...(bagi la pinjam duit) pastu tak lama kemudian, mak dia pulak meninggal... pastu diikuti nenek dia pulak meninggal. isk.. aku tanya kawan aku.. kawan aku kata, itu la drama pemes pembantu umah zaman lo ni. (teringat pulak aku lagu no bitamin kat wakaf che yeh..kah kah kah lawak and kreatif sungguh ore kelate!) jadah. kesitu pulak kan? dia nak balik, aku kata la... Sayuni, kalau nak balik, boleh, tapi kamu ngak punya permit lagi. Saya belum buatkan kamu permit, kok kamu baru kerja sebulan dengan saya... tak mengapa puan, saya mahu pulang... mahu pulang ya? laki aku hantor nun kedutaan Indonesia kat K.L. muahaha.. gigih laki aku kan? akhirnya? dia selamat sampai ke tanah air... pastu siap kata nak kerja lagi ngan aku. tapi masukkan ongkos ya puan untuk medikal. RM3500... Jadah??? ko ingat aku nak bagi? ape muka aku ade cop duit ade kepak terbang terbang ke kau asyik mintak duit neh..... adehh....


maid 3 : aku dapat atas jasa baik mak mertua aku dan sepupu tersayang. SANI nama diberi. muka, tak la lawo sgt... tapi kurus (ade ke Indon gemuk keja org gaji? no no no...) dia ni lama jugak keja ngan aku.. (lama ke? 6 bulan? eh 5 bulan? ntah.. aku pon tak hingat) dia ni buat kerja okay. pandai memasak. asyik tepung gandum aku habis je dia buat TELINGA GAJAH. aku pon selalu bawak gi opis, buat kudap kudap! hahahaha... tapi bermula huru hara lepas aku bagi dia pulang bermalam (eh macam dok hostel plak kan?) kat rumah ex kakak ipor dia di kilang bawang sungai buloh. aku memula syok la.. selalu aja aku dapat bawang nan free seguni? 2 guni? berguni guni... gemuk makan bawang aku mase tuh! nak dijadikan cerita, dia bercinta pulak ngan budak kilang bawang tuh! adoi la... mcm mcm tau dak? nak cuti kawin la... cuti keguguran la... suami nak datang bertepek kat umah la. nak cuti pujuk sang suami yang merajuk la... fening ! fening dah kepala hotak aku mikir. dan akhir nya, dengan keberatan, aku lepas kan dia. pulangkan kepada suami terchenta tanpa passport! kah kah kah.. dlam baik aku, ade jahat nya! ye la.. aku bayo kot! eh bukan aku... beribai ribai.. ape kau ingat mak mertua aku chop duit??? no good no good... tak nak buat macam tu dah kat orang lain ye SANI?? hidup biar aman sentosa... semoga SANI berjaya dunia dan akhirat!

maid 4 : bibik RINA.. memang celaka. maaf la terkasar sket bahasa... tapi sakit hati... kerja dia? pelakon terhandal di abad ini. dah la rumah kata pergi, kubur kata mari. tapi tudung takmau pakai. MEROKOK! seluar pendek paras betis. gincu merah bak cili masak yang memburuk... aku soh pakai tudung, dia jawab.... "ibuk, aku nya hanya bertudung bila ada temasya..." apekah? temasya? kau ingat temasya muda mudi kew? isk.. aku paling hangin, tak mandi kan budak... salin baju je... (ni afiq si reporter bg tau... boleh harap jugak budak ni...) pastu aku gi kerja, dia gi berborak ngan buruh Indon blakang umah buat renovation umah jiran aku.... pergh.. anak aku si Aisha panjat grill sliding door sampai atas, siap turun semula, dia tak masuk masuk lagi umah... petang kang, dia balik la... tak pon dengar budak budak nangis... baru ade cahaya nur dia nak balik! jadah kan? hangin je aku dengar si RAJA yang buat defect umah sekitar situ report kat aku. pastu dia lari.. dan Alhamdullilah dia tinggal kan anak anak aku. dan aku mase tu ade kat umah, kat atas memnunaikan solat asar. Syukur tak jadi ape ape kat anak anak aku. siap tinggal surat tu! tak paham aku nak bace.. lantak kau la.... eh... tertinggal nak cerita... dia mintak aku beli kan pupur...(bedak muka) aku belikan la bedak mabelin yang murah tu... pastu dia tak nak kau! nak yang kakak ibuk dikuantan tu pakai! hamik kau! dia mintak TIA AMELIA! mampu? orang gaji kau pakai TIA? kah kah kah.. aku pon tak pakai... jadi tak payah la kau ngade ngade mintak yang bukan bukan ye?? eh lagi satu... aku pantang betul org merokok dekat dekat ngan budak kecik? kau hilang akal? dah la merokok dalam bilik ngan si AISHA, tutup pintu... bau kepam, asap tak keluar!!! wei.. kau tu bersama anak kecik aku la wei... isk.... tak paham betol la....



Jadi selepas mempunyai 4 orang gaji dalam tempoh setahun... aku sangat serik. lepas rumah aku kena pecah... aku lagi serik. sebab... aku ni ade gak pandirnya... ade ke aku jawab sms maid aku yang berbunyi...


"salam kak atie, saya ni sani... aku bisa kangan sama budak budak... sapa jaga budak budak sekarang ya?"



aku pon balas...



"semua takde. hantar taska.takde org kat umah" (ko ingat ko dah habis otai la jawab acuh tak acuh tu???)



sekali... selang 2 hari, umah kena pecah! dan tak bersepah langsung! macam pencuri yang masuk tu tahu selok belok umah aku daaa.......


otai kan aku? bagi hint lagi kat pencuri itewww.... aku tak nak la tuduh dia, tapi ade org nampak 2 indon berkeliaran depan umah sehari sebelom kejadian... jadi? sebelom masuk, usha line dulu...! kaedah nya....


okay la... harap harap cerita maid korang tak sama ngan aku... saddish sungguh kisah aku ngan maid... talak onggg lorrrr!!!! :))

bye bye!!!





Memberontak boleh tak?

Assalamualaikum...




Sedikit tertekan bila...
cakap kita disalah tafsirkan
kelemahan kita dipergunakan
diri kita diperkotak katikkan..
bukan nak kata diri hebat,
tapi kita juga punya maruah!
......





huh... tetiba emo!

Entri ini untuk abah!

Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..



Abah... selamat hari lahir!!!

gigih aku copy benda alah ni.. sebab betul-betul menyentuh hati...