Wednesday, 6 July 2011

Berpijaklah dibumi yang nyata..

Kadang kala tersenyum mengingatkan perangai budak2 muda sekarang. Bagaikan mengajar itik berenang. Bukan nak mengata, tapi cuba renung, siapalah kita tanpa pengalaman? walau setinggi mana kita belajar, kejayaan yang kita kecapi, tetap tiada mata yang memandang jika tidak kerana pengalaman. Pengalaman mengajar erti sebenar sebuah kehidupan. Jadi jgn lah berlagak sombong dengan orang yang lebih dulu makan garam daripada kita. Hormat lah pada mereka yang lebih tua.

Teringat masa interview budak2 yang apply kerja, begitu naif sehingga kadang2 rasa kesian datang menebal dgn cerita2 seperti... "Puan, i need this job... saya berasal dari keluarga yang susah dan hanya saya dalam adik beradik yang berjaya." hmmm.. dah kerja? "saya tak kisah, byk lagi kerja kat luar sana utk saya... saya boleh pergi bila2 saya rasa saya nak pergi... lagipon saya dah bosan dgn keja sekarang"  ??? begitu angkuh... hanya kerana kamu berbekalkan segulung pengiktirafan di tangan..

Dik... hidup kita ibarat roda, kekadang kita di atas, kekadang kita di bawah... jgn pula kita angkuh ketika berada diatas kerana PASTI suatu hari tempat kita di bawah... dan selalu ingat pengalaman adalah pengiktirafan yang paling beharga dlm kehidupan... :)


tak pasal2 terbuat n3 emo... cukcukcuk...:)

Tuesday, 5 July 2011

Adakah anak saya ADHD??

Termenung sejenak memikirkan hal anak yang berusia 5 tahun. Dihantar ke tadika yang berdekatan yang jauhnya tak sampai sepuluh minit dari rumah saya. Hati terpanggil untuk menyelidik ape masalah yang dihadapi si anak. Hari Jumaat lepas, balik dari taska (transit dari tadika) die berlari2 menghulurkan sekeping kertas (dalam hati mesti surat tadika). "Awak.. Afiq kena amik buku rekod tadi.. sian die sengsorang je tak de parent datang... org lain semua balik ngan parent. Dia terkial2 sorang2" en. suami merepot sambil terhencut2 masuk ke rumah. Saya tenung Afiq, napa along tak bagi mama? (dalam hati, napa aku tak check bag anak ek?) Kebelakangan ni memang kesuntukan masa, terkial2 saya menyudahkan semua kerja. Terkilan tak dapat datang ke tadika along utk amik buku rekod. Saya capai telefon, terus mendial cikgu tadika. "Saya tanya dia (afiq), ade bagi mama tak surat cikgu pesan? dia jawab ade.... tapi bila saya soh dia ulang 2 kali, dia senyap... maknanya memang dia tak bagi puan. Takpe nanti hari isnin pagi, puan boleh dtg ke tadika, kita bincang sikit" huh... dalam hati berdebar2.. ape Afiq dah buat? nakal ke dia? bergaduh? tak dengar cakap? setahu saya, Afiq budak yang cool...

Pagi Isnin, saya bergegas ke tadika Afiq. Kelam kabut... maklum la Isnin... di tadika, cikgu dia menyerahkan buku rekod... kedudukan dlm kelas, tak de la begitu corot, memandangkan dia baru je join tadika tu. banyak jugak subjek yang dapat 100, tapi komen cikgu tadika betul2 buat saya terkesan. Memang saya tak nafikan yang sejak kebelakangan ni Afiq kurang tumpuan @ fokus. Kalau dipanggil, tidak lantas menyahut.. jika disuruh, lambat untuk bergerak... tak pantas... saya menganggap ia perkara biasa yang perlu didikan yg lebih dari saya dan suami.

"Puan, anak puan kurang perhatian masa belajar. Selalu mengantuk..." kata cikgu tadika yang dipotong oleh ayat saya " maksud cikgu dia ade masalah kurang pick up?" "Bukan... dia kurang tumpuan... menyebabkan kami terpaksa lebihkan tumpuan kepada dia sedangkan kami tak cukup tenaga pengajar" Aduh.... bukan kah tugas dia sebagai cikgu, mengambil attention budak2 utk belajar? saya mengambil keputusan utk tidak cepat melatah. Saya ambil buku rekod Afiq dan mengusap lembut kepala dia sambil berbisik... "Afiq tak suka sekolah kat sini ke...?" Afiq mengangguk dengan memek muka nak menangis... Saya tarik tangan dia ke kelompok budak2 lain yang sedang membaca doa ketika perhimpuanan pagi. Dengan derap langkah yang lemah, saya tinggalkan Afiq yang masih terpinga2... "Puan, waktu perhimpunan pagi... riuh rendah rakan2 dia menyanyi, menghafal doa, dia boleh tido" terlintas ayat cikgu dibenak ketika berjalan ke kereta. Kesian Afiq.. Ape masalah dia?

Saya terpanggil utk membaca satu artikel di internet, tentang ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) dalam hati... takkan sampai macam ni... saya jenguk tanda2 penderita ADHD ..

1. Hiperaktiviti 
  • Kerap menggerak tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk (tak de pulak reaksi ni kat Afiq)
  • Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas (tak pasti)
  • Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan masa kelihatan kekok (hmmm ade kot)
  • Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap (tak de plak)
  • Selalu banyak bercakap (definately....)
  • Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah “digerakkan oleh motor” (okay yang ini memang saya perhatikan dan kerap jugak tanya suami.. "nape Afiq suke buat camtuh ek?")
2. Tempoh tumpuan yang singkat
  • Sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain
  • Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugas
  • Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti
  • Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah)
  • Selalu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan sekolah, mainan dan sebagainya) (okay. bagi saya.. budak2 memang selalu hilang barang.. tapi, lepas saya renung, kenapa saya kecik dulu boleh simpan barang, even sampai sekarang? entah la...)
  • Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain
  • Mudah pelupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikut usia dan keupayaan (ade kot.. macam byk je surat tadika dia tak bagi mama dia)
3. Tingkah laku impulsif 
  • Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan
  • Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran
  • Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain
  • Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan (okay... yang ni rasanya ada pada Afiq.. selalu cedera.. tapi budak bukan lumrahnya nakal?)
    banyak lagi artikel tu tulis... dan boleh baca disini ADHD. Tapi saya tertarik kepada punca2 budak2 ni menderita ADHD... jika salah ibubapa, memang kesian la kat anak2 yang tak berdosa.. 
Punca ADHD 
Tiada siapa tahu apakah punca ADHD. Punca ADHD tidak dapat dikenal pasti dengan tepat kerana terdapat terlalu banyak kemungkinan. Yang pasti ADHD bukan disebabkan oleh perkara-perkara berikut: 
  • Menonton televisyen
  • Alah pada makanan
  • Gula yang berlebihan
  • Keadaan hidup yang miskin
  • Sekolah bertaraf rendah
Jadi... tanggapan saya, Afiq banyak tengok katon punca dia jadi begitu salah. Atau saya terlalu pentingkan diri, menghantar anak ke sekolah yg paling hampir  dgn rumah @ memilih  bayaran yang lebih murah tanpa memikirkan keseronokan, minat anak kesekolah? (tidak dinafikan tata rias sekolah Afiq agak membosankan)....

haih.. ape nak buat ni....

 

Buah kelo @ buah munggai

Ramai yang menggemari buah kelo kerana rasanya yang enak. Tetapi ramai yang
kurang mengetahui yang buah ini mempunyai khasiat dari segi kesihatan dan perubatan.
Nama saintifiknya adalah Moringa leifera dan buah ini amat baik untuk jantung, saraf
dan peredaran darah.Buah kelo amat berkesan untuk eredakan demam panas.Air
perahan daun kelo bukan sahaja kaya dengan vitamin A, vitamin C dan kalsium,
malahan juga mengandungi asid amino yang bersifat antibakteria yang membantu
menambahkan arah dan menentang berbagai jenis penyakit.Jus buah kelo digunakan
untuk tujuan melawaskan kencing serta membantu menghilangkan rasa kembung dan
senak akibat ketidakcernaan. Ada juga info yang mengatakan bahawa buah kelo ini bagus untuk pengidap diabetes. Ia mampu menurunkan paras gula dlm darah. 

Buah kelo ni sedap kalau dimasak bersama kari. Biasanya saya masak bersama kari ikan atau udang.. Ni pun mak kawan saya (cik yah) yang ajar... memang ho liauu!!! hahaha... Oh ye.. memang ramai yang tak berapa kenal or tak pernah dengar buah ni, sebab ia sgt2 femes dikalangan masyarakat india meh kita tengok rupe buah kelo


 Buah kelo @ buah munggai.. masak ngan kari ikan.. walauwei....

MAsak lemak udang + cendawan tak boleh makan??

Alamak.... baru beli cendawan kering.. banyak pulak tu...
Kawan saya, berbangsa cina bercerita tentang makciknya dimasukkan ke hospital selepas makan masak lemak udang campur cendawan. Haih.... baru je beli (dalam hati) memang hajat dihati nak masak lauk tu nanti... Dengar cerita, kaum cina memang pantang makan masak lemak cendawan... kata kawan saya tadi jugak, doktor sahkan ade ulat (macam ulat sampah) sebesar ibu jari kaki dlm usus neneknya...
ala... ala.... jgn la ckp ulat besar macam tuh... sebab macam byk kali je masak macam tu... Farhanah.... camno ni?? ko sihat je kan? kan? ade rasa makhluk bergerak2 dlm usus tak?? bergerak dgn sendirinya, kalau paksaan tu benda lain, okay?? :P



 apesal makanan sedap macam ni mesti ade je cerita yang kita tak bleh makan?? ha? ha?


Friday, 1 July 2011

Tested carrot cake receipe

1 cup (100 grams) pecans or walnuts
3/4 pound (340 grams) raw carrots (about 2 1/2 cups finely grated)
2 cups (260 grams) all-purpose flour
1 teaspoon baking soda
1 1/2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon salt
1 1/2 teaspoons ground cinnamon
4 large eggs
1 1/2 cups (300 grams) granulated white sugar
1 cup (240 ml) safflower, vegetable or canola oil (or other flavorless oil)
2 teaspoons pure vanilla extract


Cream Cheese Frosting:
1/4 cup (57 grams) unsalted butter, room temperature
8 ounces (227 grams) cream cheese, room temperature
2 cups (230 grams) confectioners (powdered or icing) sugar, sifted
1 teaspoon (4 grams) pure vanilla extract
1 teaspoon finely grated lemon zest (outer yellow skin) (optional)



Carrot Cake: Preheat oven to 350 degrees F (180 degrees C) and place rack in center of oven. Butter or spray two - 9 x 2 inch (23 x 5 cm) cake pans and line the bottoms of the pans with a circle of parchment paper. 
Toast the pecans or walnuts for about 8 minutes or until lightly browned and fragrant. Let cool and then chop coarsely.
Peel and finely grate the carrots. 
In a separate bowl whisk together the flour, baking soda, baking powder, salt, and ground cinnamon.
In bowl of electric mixer (or with a hand mixer), beat the eggs until frothy (about 1 minute). Gradually add the sugar and beat until the batter is thick and light colored (about 3 - 4 minutes). Add the oil in a steady stream and then beat in the vanilla extract. Add the flour mixture and beat just until incorporated. With a large rubber spatula fold in the grated carrots and chopped nuts. Evenly divide the batter between the two prepared pans and bake 25 to 30 minutes or until a toothpick inserted in the center comes out clean.  


Cream Cheese Frosting: In bowl of electric mixer (or with a hand mixer), beat the cream cheese and butter, on low speed, just until blended with no lumps. Gradually add the sifted powdered sugar and beat, on low speed, until fully incorporated and smooth.  Beat in the vanilla extract, and lemon zest.





okay la.. even tak lawa.. tapi ok kot rasa dia... :))
oh ye resepi ni saya amik kat joy of baking semua resepi kat sini Insyaallah menjadi-jadi!! :))

Ku angkut semua ke Office..

"Nak buat macam mana, serba salah dah rasanya.. takkan nak tinggal anak tepi jalan kot" kata Hafiz kat boss dia...

Jadi, hari ni giliran saya pulak rasa serba salah tu... Kesihatan en. suami tak berapa mengizinkan lagi. Biasanya dia la yang menjaga anak pada hari Sabtu begini. Dulu dah pernah bawak budak berdua ni. Siap kena memo lagi. Hari ni terpaksa, darurat da ni... (mintak2 takde la plak boss turun kan?) 

Sampai je opis, terus check staff list yang cuti... yess!! boss i cuti you!! okay senang siket hati. Tengah dok syok2 soh budak main game kat telepon, Tadaa!!! 'akak HR' datang!!! Abih.. memang tsunami skali ni... nak buat macam mana, redho je la... buat muka yg teramat bodo n... take my staff punyer payslip and say "TQ!"... "akak HR" siap sound... "eh PPC ade staff baru ek, Puan Maziati?" hah amik ko! terkulat2 nak menjawab... "ha ah... practical trainee cum 'mengemas officer' " 

Ye lah kan? bak kata Hafiz..... "takkan nak tinggal anak tepi jalan?" 

Korang2 beruntung kalau tak pernah face prob ni... Bagi saya, memang dah lali.. asyik berharap boss2 faham situasi saya. Tapi kan ... tapi kan... sampai bila orang asyik nak paham situasi kita? kekadang menyampah jugak... asyik2 dia ni yang ade personal problem!!!! :(( sedey... 

Masalah kita sebagai ibu yang bekerja memang tak putus2 serba salah... banyak sangat masalah yang datang menimpa, bertimpa2... terkadang, TERmenangis sorang2... pagi2 hari dah nangis... malu kat anak2... mama minta maaf sayang, mama tak sengaja... 

Saya kadang2 keliru mana satu nak dimula kan dulu. Macam byk sangat kerja rumah nak disettlekan, kerja opis tak kurang juga. Saya tabik ibu2 diluar sana yang berjaya mendidik, mengasuh anak, menjaga makan pakai, sambil menjaga diri sendiri dengan sempurna. Kadang2 termenung sejenak memikir, dalam kepenatan diri ini, berapa percent penat saya luangkan utk suami saya? Walhal itu la tanggungjawab utama saya. Dalam kesibukan saya menjaga anak dan tumah tangga, saya terkadang terabai kan dia. Teruknya saya. Im so sorry dear... saya tak bermaksud begitu... 

Jadi balik kerja ni karang, saya mesti pasti kan.... mmmm okay!! urut kaki die yang lenguh sebab kesan2 operation tu hari... Semuga dia cepat sembuh seperti sediakala... sebab saya nak shopping baju raya ... ????? ade ke patut??? :)) kidding!! :P
dulu... dah memo... sekarang???



lebih advance sebab ariff berjaya membuat artifak dibaju mama..:((

buah ciku VS ngauman harimau




version kelantan : cikuuuu...
version lipeh (lipis) : Auummmm....


cakkkk!!! (kedua2 version)


macam lembut je kan version kelantan tu?? siap mintak buah ciku.... version lipeh tu... dgn garangnyer mengaum... aaauuummmm..... aaaaaa!!

hahaha terpulang la nak ajar anak2 yg mana satu. Yang pasti ciku cak atau aum cak ni tak memberi ape2 impak maksima kepada tahap kebrutalan anak anda... tengok seperti gambar diatas, seorang gadis perempuan, bermain ciku cak bersama ayah ngahnya... suara latar (ayah ngah) dah lembut sgt... "cikuuu.... cak....." tapi si miming, mulut ternganga tak hingat, tak swit langsung!!! siap guna bakul mama die, tuang semua baju tak lipat kat lantai!!! hish.... tak ayu, tak ayu anak dara ni...



ape2 la sasa... kata along yg cedera parah akibat bermain dgn Ayah su... :)
tak leh mandi, tak leh gosok gigi... yang boleh, makan dan tengok "OSO" mengajar 3 simple steps sahaja...:)