Sunday, 19 February 2017

Allah Selamatkan Kamu





HAil Ammar day2


Ammar, jadi anak soleh ye? Selamat hari lahir yg ke 2. Semoga Ammar sihat2 sahaja hendaknya. Semoga Ammar bahagia wahai anak.

Thursday, 2 February 2017

Nafkah Anak

Benda yang selalu di ambil enteng. tak sedar benda ni la yg mengheret kita ke dlm kesusahan.

Nak tanya. Bahagia ke buat buat tak tahu pasal nafkah yg terabai? Darah daging kot. Kalau bab kawin 4 kau sibuk ikut sunnah, Bab wajib ni kau ikut "kebiasaan" orang dulu2.

Dunia ni bulat, esok esok.. mendapat.

ISkkk tak masuk akal la benda korang buat.

Thursday, 3 November 2016

Ibu Tunggal

Doktor : Suami Puan tak ikut?

Warda : (terdiam) ermm saya ibu tunggal


DIAM.


3 November 2016, Hospital Pakar Shah Alam

Sunday, 30 October 2016

Wrap it!

Dunia ni pentas Opera, Kita hanya pelakon.
Sampai bila-bila pun kita hanya pelakon.


Tahniah helper yang sangat-sangat saya sayangi. Rasa gembira nak menitis air mata dengar perkhabaran itu. Semoga bibik bahagia dan sama-sama berjalan menuju ke Syurga. InshaAllah.


Dan dengan ini, bermula lah watak baru bagi aku. Semoga Allah bagi kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan.


Semua sudah si seal rapi, manis, pahit masin payau, masam tak lupa juga kelat. 3 Disember 2005-21 november 2015. Selamat tinggal watak lama. Awak ajar saya "how to survive"


Hey watak baru! Please be nice to me. im fragile.. lol! No no no... be tough, be cool with baby G :P


Selamat Malam, Assalamualaikum.


Thursday, 20 October 2016

Walk Proudly MAMA!


Walk proudly mama!

Melangkah lah tanpa rasa lesu. Melangkah demi sesuap nasi untuk anak-anakmu. Tergalas tanggungjawab besar di bahu mu, membesar dan mendidik anak-anakmu. Jangan pernah mama rasa jemu.


Kesat air mata mu, biar hati yang terluka jadi keras kaku.Allah tahu mama mampu, dan mama tahu Allah ada untuk kamu. Jom cipta sejarah baru.


Keep walking MAMA, keep walking...

Tuesday, 18 October 2016

Walk the Talk

Yeah, Walk the Talk. Can you?


Mudah untuk berkata-kata, tapi berat untuk laksanakan. Apa tu? Itu lah Tanggungjawab. Ramai ambil remeh hal ni, dan sampai ada yang sanggup membelakang kan hukum demi menuruti egois dalam diri. Asyik menunding jari kat orang lain, cuba la buat bahagian masing-masing, kan senang. Sekali lagi, Walk The Talk please...

haih... kita pun di ajar dari kecil supaya selesai poo poo kena "flush" sendiri kot. takkan dah besar panjang, (tua dah pun...) nak mintak orang "flush" kan.... iskkkk tak elok la gitu... Kongsi, rasa sama-sama masalah tu, supaya semua orang rasa sikit sorang beban yang ada. Jangan mendabik dada sambil kata padan muka, Anak-anak jadi mangsa, Apa salah mereka? 



Saturday, 15 October 2016

Tatkala anak silih berganti tak sihat, kerja pejabat berlambak nak kena siapkan, masalah yg tak pernah nak selesai disebabkan tade kerja sama, memang mencabar kesabaran seorang mama.

Semoga semua ni akan berlalu pergi. 



p/s: pagi tadi ade sekotak buah-buahan depan pagar rumah... tak tahu sapa gerangan yang baik hati bersedekah di pagi ahad, Terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah balas kebaikan tuan@ puan. Tapi sayang.. kawasan rumah saya ada anjing berkeliaran... 

Saturday, 8 October 2016

Siakap Senohong

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri
Cakap Bohong Lama-lama Jadi Pencuri


My Abah once said this to me while I'm 10 years old. It just like "melekat" in my head till now and it will last forever i think. My auntie's cincin lost and i saw it before on top of my almari baju. I dont have any intention to tipu that i saw that cincin... i just want to tell her that i saw it just now and maybe she can find the cincin beyond the almari. hahaha sound like.. wow!! dari kecik atie suka menyiasat! Abah seem like tak puas hati with my answer.. because you all know la kids.. like to play hide and seek! Abah give me a stare and my leg start shacking. Slowly he said to me... "Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Cakap Bohong, Lama-lama jadi pencuri" and... i cry... cry and cry.... Yup.. i love to cry... dari kecik suka menangis and Mak used to call me "KEMEMEY" i hate that word! Really hate that! hahahaha.

My Auntie suddenly shout my name from my room. "Dah jumpa!!!!!!" and she dance like a queen. Phewwww jumpa jugak, she found the cincin in her clothes bag and she told Abah maybe the cincin jatuh from the almari to her clothes bag. Abah ask me to come closer and said slowly... "Abah bukan marah.. Abah nak ajar awak yang kita tak boleh menipu.. kita kena jujur. Nanti kalau dah biasa menipu, kita akan hilang kepercayaan orang kat kita." and i cry.... hahahahaha there you are! nangis lagi! Abah is a firm person. He never cuddle his kids to show his love, but he love to jesting with them. Abah is a policeman. Police=garang is synonym. Why am i cry? because i feel that Abah try to tell me that i hide the cincin! lol. But it was a lesson to me. Till now i still remember the colour of the almari. Almari berek polis dulu-dulu. I still can tasted my tears. Salty of course! lol

Now I am getting old, my hands is full of 5 kids. Alhamdullilah. Amanah Allah and i promise to myself to raise them like Abah raise me. Yes, he is my idol and my true man. I don't like my kids lie to me. I don't like someone that i love lie to me. Now i know Abah's feeling when his kid lie to him. Its break our heart, isn't? and of course it even worst if someone that you love, trust, lied to you. Its really hurt.. TT

Why you need to lie? to get an attention? Once you're caught, you will never get others trust anymore unless you lie to your wife, lie to your parent. They will always there for you, to show you unconditional love, to teach you to do the right thing. To give you a chance. Again and again.

The question is, "sampai bila" you want to lie? You dont have money in front of your kids, you dont have anything to eat in front of your parents, you dont even have a job in front of your family but you can enjoy hard rock cafe on your 35th birthday, you can fly to Bali to get your highlife. Is that all that you want? 

You said, "Abah susah hati sangat. banyak sangat salah abah dalam dunia ni" yup. You know that! You keep repeat the same mistake, again and again.

Abah-abah out there, don't let your son hate you with all your sadness story because they know that you're lie to them. You are great man to them, you are an idol to them but you lying to them. Guys, its hurt! Don't let them shame to call you "Abah"

Thursday, 30 June 2016



Besar dah budak ni. Dah 6 tahun. Semoga Aisha dilindungi Allah walau dimana Aisha berada. Ingat nak letak gambo terobek mase bersalin kan dia di HUSM, tapi saddis naw muka sasa mase tu. Kecik naw naw!




*BTW kek mak buat sendiri, tempahan boleh dibuat di laman sesawang yg tertera di kaki cake stand. Perhatian juga, tempahan hanya dibuka utk kek berupa huduh saje. Ala2 kek Halloween gittew... ngeri tapi sedap. Muahahahaha 

Thursday, 9 June 2016

Jumaat, 10 June bersamaan 5 Ramadan.


Pesan seorang kawan kepada aku pagi tadi,
"Allah tak bagi apa yang kita nak. Dia bagi apa yang kita perlu."


Pesan seorang lagi teman kepada aku pagi tadi
"sini tak mcm Malaysia maa...., but u will feel content with your life here. just modest and easy going"



Dengan lafaz bismillah, pejam mata dan terus berjalan. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga. Amin

Wednesday, 1 June 2016

JAMINAN






Anak-anak mama, hidup ini tiada jaminan. Akan tetapi, mama nak kamu tahu mama sayang kalian. sangat-sangat. Insya Allah nak, mama cuba pimpin kamu semua nak.. berdoa lah, berharap lah pada Allah.

Wednesday, 4 May 2016

Khamis, 5 Mei 2016, ade yang berpuasa sunat Khamis? bagus.. hari ni dah 27 Rejab... tak lama je lagi nak puasa.... Pantas masa berlalu. umur semakin meningkat.... amalan, bekalan ke akhirat tak tahu bila nak meningkat.... ooopppsssss!!!! otw bhai.... otw.... hihihi

Sekarang musim panas. Harap-harap sebelum puasa, berakhir la musim panas ni. Kesian anak-anak nak puasa, yang baru nak belajar puasa, mesti merengek dahaga. 

Teringat tahun lepas. Puasa yang menyanyat hati bagi kami anak beranak. hihi sedih naw bunyiknya. hihi.. Semoga puasa tahun ni lebih baik dari yang sebelumnya. Semoga kami sekeluarga sempat berjumpa Ramadhan dan berkesempatan untuk beribadat. No more kerja office bawak balik rumah, no more part time job. Tumpukan bulan puasa tahun ini untuk beribadah. amacam? beranik? ngeh ngeh ngeh... nak seribu daya, tak nak seribu dalih oiii

Umur dah meningkat. Rasa takda apa nak cari dah. Tapi pelik, masih ada yang masih terawang awang.. seolah tak tahu apa yang mereka cari... Penting kan diri sendiri sampai terluka orang disekeliling. Kalau hati yang tak tenang, rasa tak selesa dengan apa yang kita ada sekarang, tanya la hati kita. ubat la hati kita. bukan menunding jari kepada orang lain, menyalahkan semua orang, dan sampai sanggup melepaskan apa yang ada, tanggungjawab yang ada hanya sekadar menurut kata sekeping hati. Mudah bukan? Bagaimana hati-hati yang terluka? terutama yang masih kecil dan tak tahu apa-apa. Tak. mereka akan faham.. suatu hari nanti. Hati-hati yang terluka ini akan bahagia. Ia Karma keidupan. 




Rejab akan berlalu, Sya'ban akan menyusul dimana Ramadhan dalam perjalanan... Hi Ramadhan. kami tunggu kamu datang. Panjang umur kita bertemu. InsyaAllah.

Tuesday, 26 April 2016

The Hails dan Aisha

Assalamualaikum Anak-anak mama,

Semoga kamu sihat sejahtera hari ni. Masing-masing bangun pagi-pagi menghantar mama ke kereta nak babai mama, nak cium mama, nak salam mama... Ya Allah terima kasih atas kurniaan ini. Ye aku hilang satu ciuman yang biasa di pagi hari... tapi Kau ganti kan dgn 5 ciuman bauan syurga dari-Mu ya Allah.

Untuk anak sulung mama. Jaga adik-adik mu nak. Mama takkan ada sentiasa. kamu lah harapan mama. Jangan tinggal solat, kerana solat la akan menjaga kita kelak. eh kenapa mama emo pepagi hari ni kan? sebab semalam anak baca blog mama. Pastu sorang-sorang ketawa mengekek-ngekek... Alololo sweet nya anak.. mama dia tak tahu la nak gelak ke nak apa... sebab dah seminggu bermuram durja. Sindrom-sindrom begini bak kata anak sulung, biasanya terjadi sebulan sekali untuk mama. Wah!!!! sweet lagi anak mama

Anak kedua, semalam dia bising mama asyik cerita pasal along kat blog. tade pon pasal Aliss. Mama tak puas hati, scroll laju laju lalu terjumpa la post pasal dia. terus senyum simpul gulung gulung macam kek gulung. alahai manisnya Aliss... kalau gosok gigi 5 kali sehari lagi manis nak.... hihihi takpa rahsia Aliss mama simpan, janji!

Sasa sikurus, cantik manis. Semoga Sasa jadi anak solehah, penyejuk mata mama. Sasa kena kuat, Sasa tak boleh asyik menangis.. nanti along ngan Aliss lagi suka.. Kita kan geng... kalau ada orang buli Sasa, Sasa bagitau mama. Nanti mama datang menyelamat. Tapi maaf kalau mama lambat sampai... ye laaa kan Sasa selalu kata, mama dah gemuk, tapi tetap cantik! wahhhh nanti mama belanja COCO Pie.

Hi anak ke 4!! Sayang Akid.. sayang Akid banyak-banyak... Akid jangan tumbuk kakak tau.. Akid kena cakap baik-baik... Akid kalau geram kat Ammar, jangan la tarik telinga Ammar.. nanti kalau koyak, sapa nak ganti? hahahaha Akid kena janji... kena makan.. kena minum susu.. ramai orang sayang Akid.. nanti kita pergi kolam lagi.. Akid nak tidur hotel kan? Insya Allah... nanti kita pegi

Hi anak bongsu mama!! mama mintak maaf Ammar... mama mintak maaf... nanti besar Ammar akan faham ye nak

Untuk semua anak mama. Mama mintak maaf. Selagi nyawa mama dikandung badan, mama akan menjaga kamu, cuba membahagiakan kamu. Maaf mama tak mampu bagi kamu membesar seperti kanak-kanak yang lain. Besar dugaan kamu wahai anak. Tapi mama bangga punya anak seperti kamu semua. Kamu hebat. Kamu kuat. Mama sendiri kekadang terkulai. Allahuakbar.



Thursday, 21 April 2016

Jumaat, 22 April 2016


Assalamualaikum. Hari Jumaat berbaju kurung. Hari lain tak leh pakai baju kurung ke? Tak de ah... sebenarnya dah biasa kat Uni dulu setiap Jumaat kena pakai baju kurung.... gittew... mungkin zaman skang org pakai jubah gi kelas.

Haihh... tetiba hari ni terasa pelik dengan segelintir manusia yang suka mempersenda kan kejayaan orang lain. Tak kira la kejayaan dari segi apa. Mungkin kejayaan membina keluarga bahagia? kejayaan kat tempat kerja ke. Kenapa nak ketawa kan hasila usaha mereka? Mungkin tak besar di mata mata anda semua... tapi mungkin bagi dia penuh dengan rintangan kot dia nak peroleh kejayaan tu!!! tapi takpa. buat apa nak fikir apa orang nak kata, janji hati wa ada sinang... eh eh... orang kata kat ko ke nenek? hahaha tade tade...

Satu lagi... tak baik tau nak hina orang buat ibadat... "Awak ni... sembahyang tonggeng terbalik.. ingat awak masuk syurga kalau mulut mcm ni?" iskkk bawak mengucap... sapa la kita nak nilai urusan dia ngan tuhan.. isk isk isk.... eh eh orang kata kat ko ke nenek? hahaha tade tade...

Tu lah dia... bila marah dah merasuk jiwa.. dah tak boleh pertimbang kan apa yg nak keluar dari mulut... Tapi amarah ni... sapa boleh kawal... wa tabik spring toink toink!!!

Jadi untuk diri sendiri... watch out lah bila kita berkata kata... kerana setiap kata kata kita adalah doa yang melantun lantun..

Anak Teruna


Anak dara orang : Kalau aq suka ko, ko nak berubah tak?

Anak bujang saya : Boleh, boleh blah

Anak dara orang : k. bai

Anak bujang saya : boleh je berubah. ape nak aq ubah

Anak dara orang : Jgn pengotor boleh tak??

Anak bujang saya : Boleh je. Tapi aq nak belajar dulu. aku nak berjaya demi masa depan aku ko pegi la ngan hazim

Anak dara orang : Aq suka ko


wow kebabom jawapan anak teruna kan? Perbualan anak bujang saya di whatsApp. Adeh... awal budak budak sekarang bercinta.. mak dulu dah nak habis belajar kt Uni baru try2 cuba bercinta. Ahaks!! ni ikut sape ni... hahaha.. btw... cinta 3 segi pulak tuh!!!!! ini yang tak boleh blah ni!!!!!!!!!

Mencabar zaman sekarang nak menddik anak. rasa takut pon ada. Tapi lebih kepada seronok sebenarnya. Bila dah kantoi mama baca message, Terus merah padam muka...

Mama pulak mengenang zaman sekolah dulu. muka mama ketat. Jalan gengster. Tapi ! ade gak orang minat! hahahaha kbai mak nak masuk bakul angkat sendiri



Cinta Bukan Hanya Harapan

21 April 2016. Genap 5 bulan. Masa berlalu seakan cemburu untuk aku kenang semua kenangan. Intro gempak setelah bertahun tak mengetuk keyboard. mih mih mih.... kali ni bukan gelak cover perut lepas bersalin... kali ni gelak nak cover lemak perut tak turun turun lepas setahun bersalin. 


Sebagai intro azam nak selalu update blog, jom layan lagu ni kejap. Ingat... setiap yang berlaku tu.. pasti ade hikmahnya.... <--- ok ini tetiba... 


Di atas perih kau menari
Di atas tangis kau bernyanyi
Kau sayat hatiku
Dengan cintamu
Cinta
Bukan hanya harapan
Cinta
tapi kepastian
Cinta
Bukan menyakiti hati
Disaat luka kau tak ada
Disaat duka kau tak setia
Cinta seharusnya
Tak begitu
Disaat luka kau tak ada
Disaat duka kau tak setia
Cinta seharusnya
Tak begitu


Lagu Cinta ..


Fine.... tetiba.... Ani..... angkat kain jemuran!!!! hujan dah turun!!!!!

Friday, 4 December 2015

Sabtu, 5 Disember 2015

Tatkala hari mendung nak hujan, anak menonton cooking play doh di lap top... aku terfikir.... bagaimana kah pengakhiran aku esok?


Pejam mata rapat-rapat
Sepantas kilat buka semula.
Seram!


Berani nak pejam mata semula? Memang tak! Jadi bawa-bawa lah diri ke masjid besi nasihat adik-adik di office.. masuk masjid, niat iktikaf,  dah dapat pahala katanya. Baik lah! akak cuba dik.... akak akan cuba! Nangis kejap merenung betapa kerdil diri ini.

Saturday, 4 July 2015

Bersawang

Lahai... ade blog rupenya... hahahaha
tunggu lah lepas2 ni kita update blog ye...
kita buat kuih raya dulu lah. Kurang2 boleh makan...

*makan je kejenya skang. Bela ke hape?

Thursday, 20 November 2014

Hargai Orang disekeliling kita

Saya ade seorang kawan. Sedang menangis menyesali ape yang terjadi pada diri dia.
Saya tanya kenapa menyesal? Dalam esak dia mencerita kan masalah dia. Memang sedih bagi kita yang mendengar, tapi lagi payah dia yang sedang memikul. Saya pernah melaluinya, lebih kurang 5 tahun lalu. Saya pon tak pasti macam mana saya telan semua benda tu seakan tak ada ape yang berlaku, itu pada mata kasar orang yang mengenali saya. Tapi untuk diri saya sendiri, sangat payah, dengan konflik dalam diri, trauma, macam macam lagi lah yang menghasut fikiran saya.

Tapi pada pendapat saya, sebelom kita menghargai orang disekeliling kita, baik kita hargai diri kita dulu. semoga kelak, di kemudian hari, tiada penyesalan dalam diri.. Sebab nak suruh orang hargai kita, bkn senang! ia ibarat bulan jatuh ke riba! Hati dan perasaan tak boleh dipaksa bukan?




**Lagu BENCINTA - Faizal Tahir tu sedap! <---- tetiba! hahaha

Monday, 25 August 2014