Sunday, 19 February 2017

Allah Selamatkan Kamu





HAil Ammar day2


Ammar, jadi anak soleh ye? Selamat hari lahir yg ke 2. Semoga Ammar sihat2 sahaja hendaknya. Semoga Ammar bahagia wahai anak.

Thursday, 2 February 2017

Nafkah Anak

Benda yang selalu di ambil enteng. tak sedar benda ni la yg mengheret kita ke dlm kesusahan.

Nak tanya. Bahagia ke buat buat tak tahu pasal nafkah yg terabai? Darah daging kot. Kalau bab kawin 4 kau sibuk ikut sunnah, Bab wajib ni kau ikut "kebiasaan" orang dulu2.

Dunia ni bulat, esok esok.. mendapat.

ISkkk tak masuk akal la benda korang buat.

Thursday, 3 November 2016

Ibu Tunggal

Doktor : Suami Puan tak ikut?

Warda : (terdiam) ermm saya ibu tunggal


DIAM.


3 November 2016, Hospital Pakar Shah Alam

Sunday, 30 October 2016

Wrap it!

Dunia ni pentas Opera, Kita hanya pelakon.
Sampai bila-bila pun kita hanya pelakon.


Tahniah helper yang sangat-sangat saya sayangi. Rasa gembira nak menitis air mata dengar perkhabaran itu. Semoga bibik bahagia dan sama-sama berjalan menuju ke Syurga. InshaAllah.


Dan dengan ini, bermula lah watak baru bagi aku. Semoga Allah bagi kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan.


Semua sudah si seal rapi, manis, pahit masin payau, masam tak lupa juga kelat. 3 Disember 2005-21 november 2015. Selamat tinggal watak lama. Awak ajar saya "how to survive"


Hey watak baru! Please be nice to me. im fragile.. lol! No no no... be tough, be cool with baby G :P


Selamat Malam, Assalamualaikum.


Thursday, 20 October 2016

Walk Proudly MAMA!


Walk proudly mama!

Melangkah lah tanpa rasa lesu. Melangkah demi sesuap nasi untuk anak-anakmu. Tergalas tanggungjawab besar di bahu mu, membesar dan mendidik anak-anakmu. Jangan pernah mama rasa jemu.


Kesat air mata mu, biar hati yang terluka jadi keras kaku.Allah tahu mama mampu, dan mama tahu Allah ada untuk kamu. Jom cipta sejarah baru.


Keep walking MAMA, keep walking...

Tuesday, 18 October 2016

Walk the Talk

Yeah, Walk the Talk. Can you?


Mudah untuk berkata-kata, tapi berat untuk laksanakan. Apa tu? Itu lah Tanggungjawab. Ramai ambil remeh hal ni, dan sampai ada yang sanggup membelakang kan hukum demi menuruti egois dalam diri. Asyik menunding jari kat orang lain, cuba la buat bahagian masing-masing, kan senang. Sekali lagi, Walk The Talk please...

haih... kita pun di ajar dari kecil supaya selesai poo poo kena "flush" sendiri kot. takkan dah besar panjang, (tua dah pun...) nak mintak orang "flush" kan.... iskkkk tak elok la gitu... Kongsi, rasa sama-sama masalah tu, supaya semua orang rasa sikit sorang beban yang ada. Jangan mendabik dada sambil kata padan muka, Anak-anak jadi mangsa, Apa salah mereka? 



Saturday, 15 October 2016

Tatkala anak silih berganti tak sihat, kerja pejabat berlambak nak kena siapkan, masalah yg tak pernah nak selesai disebabkan tade kerja sama, memang mencabar kesabaran seorang mama.

Semoga semua ni akan berlalu pergi. 



p/s: pagi tadi ade sekotak buah-buahan depan pagar rumah... tak tahu sapa gerangan yang baik hati bersedekah di pagi ahad, Terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah balas kebaikan tuan@ puan. Tapi sayang.. kawasan rumah saya ada anjing berkeliaran...