Tuesday 26 April 2016

The Hails dan Aisha

Assalamualaikum Anak-anak mama,

Semoga kamu sihat sejahtera hari ni. Masing-masing bangun pagi-pagi menghantar mama ke kereta nak babai mama, nak cium mama, nak salam mama... Ya Allah terima kasih atas kurniaan ini. Ye aku hilang satu ciuman yang biasa di pagi hari... tapi Kau ganti kan dgn 5 ciuman bauan syurga dari-Mu ya Allah.

Untuk anak sulung mama. Jaga adik-adik mu nak. Mama takkan ada sentiasa. kamu lah harapan mama. Jangan tinggal solat, kerana solat la akan menjaga kita kelak. eh kenapa mama emo pepagi hari ni kan? sebab semalam anak baca blog mama. Pastu sorang-sorang ketawa mengekek-ngekek... Alololo sweet nya anak.. mama dia tak tahu la nak gelak ke nak apa... sebab dah seminggu bermuram durja. Sindrom-sindrom begini bak kata anak sulung, biasanya terjadi sebulan sekali untuk mama. Wah!!!! sweet lagi anak mama

Anak kedua, semalam dia bising mama asyik cerita pasal along kat blog. tade pon pasal Aliss. Mama tak puas hati, scroll laju laju lalu terjumpa la post pasal dia. terus senyum simpul gulung gulung macam kek gulung. alahai manisnya Aliss... kalau gosok gigi 5 kali sehari lagi manis nak.... hihihi takpa rahsia Aliss mama simpan, janji!

Sasa sikurus, cantik manis. Semoga Sasa jadi anak solehah, penyejuk mata mama. Sasa kena kuat, Sasa tak boleh asyik menangis.. nanti along ngan Aliss lagi suka.. Kita kan geng... kalau ada orang buli Sasa, Sasa bagitau mama. Nanti mama datang menyelamat. Tapi maaf kalau mama lambat sampai... ye laaa kan Sasa selalu kata, mama dah gemuk, tapi tetap cantik! wahhhh nanti mama belanja COCO Pie.

Hi anak ke 4!! Sayang Akid.. sayang Akid banyak-banyak... Akid jangan tumbuk kakak tau.. Akid kena cakap baik-baik... Akid kalau geram kat Ammar, jangan la tarik telinga Ammar.. nanti kalau koyak, sapa nak ganti? hahahaha Akid kena janji... kena makan.. kena minum susu.. ramai orang sayang Akid.. nanti kita pergi kolam lagi.. Akid nak tidur hotel kan? Insya Allah... nanti kita pegi

Hi anak bongsu mama!! mama mintak maaf Ammar... mama mintak maaf... nanti besar Ammar akan faham ye nak

Untuk semua anak mama. Mama mintak maaf. Selagi nyawa mama dikandung badan, mama akan menjaga kamu, cuba membahagiakan kamu. Maaf mama tak mampu bagi kamu membesar seperti kanak-kanak yang lain. Besar dugaan kamu wahai anak. Tapi mama bangga punya anak seperti kamu semua. Kamu hebat. Kamu kuat. Mama sendiri kekadang terkulai. Allahuakbar.



Thursday 21 April 2016

Jumaat, 22 April 2016


Assalamualaikum. Hari Jumaat berbaju kurung. Hari lain tak leh pakai baju kurung ke? Tak de ah... sebenarnya dah biasa kat Uni dulu setiap Jumaat kena pakai baju kurung.... gittew... mungkin zaman skang org pakai jubah gi kelas.

Haihh... tetiba hari ni terasa pelik dengan segelintir manusia yang suka mempersenda kan kejayaan orang lain. Tak kira la kejayaan dari segi apa. Mungkin kejayaan membina keluarga bahagia? kejayaan kat tempat kerja ke. Kenapa nak ketawa kan hasila usaha mereka? Mungkin tak besar di mata mata anda semua... tapi mungkin bagi dia penuh dengan rintangan kot dia nak peroleh kejayaan tu!!! tapi takpa. buat apa nak fikir apa orang nak kata, janji hati wa ada sinang... eh eh... orang kata kat ko ke nenek? hahaha tade tade...

Satu lagi... tak baik tau nak hina orang buat ibadat... "Awak ni... sembahyang tonggeng terbalik.. ingat awak masuk syurga kalau mulut mcm ni?" iskkk bawak mengucap... sapa la kita nak nilai urusan dia ngan tuhan.. isk isk isk.... eh eh orang kata kat ko ke nenek? hahaha tade tade...

Tu lah dia... bila marah dah merasuk jiwa.. dah tak boleh pertimbang kan apa yg nak keluar dari mulut... Tapi amarah ni... sapa boleh kawal... wa tabik spring toink toink!!!

Jadi untuk diri sendiri... watch out lah bila kita berkata kata... kerana setiap kata kata kita adalah doa yang melantun lantun..

Anak Teruna


Anak dara orang : Kalau aq suka ko, ko nak berubah tak?

Anak bujang saya : Boleh, boleh blah

Anak dara orang : k. bai

Anak bujang saya : boleh je berubah. ape nak aq ubah

Anak dara orang : Jgn pengotor boleh tak??

Anak bujang saya : Boleh je. Tapi aq nak belajar dulu. aku nak berjaya demi masa depan aku ko pegi la ngan hazim

Anak dara orang : Aq suka ko


wow kebabom jawapan anak teruna kan? Perbualan anak bujang saya di whatsApp. Adeh... awal budak budak sekarang bercinta.. mak dulu dah nak habis belajar kt Uni baru try2 cuba bercinta. Ahaks!! ni ikut sape ni... hahaha.. btw... cinta 3 segi pulak tuh!!!!! ini yang tak boleh blah ni!!!!!!!!!

Mencabar zaman sekarang nak menddik anak. rasa takut pon ada. Tapi lebih kepada seronok sebenarnya. Bila dah kantoi mama baca message, Terus merah padam muka...

Mama pulak mengenang zaman sekolah dulu. muka mama ketat. Jalan gengster. Tapi ! ade gak orang minat! hahahaha kbai mak nak masuk bakul angkat sendiri



Cinta Bukan Hanya Harapan

21 April 2016. Genap 5 bulan. Masa berlalu seakan cemburu untuk aku kenang semua kenangan. Intro gempak setelah bertahun tak mengetuk keyboard. mih mih mih.... kali ni bukan gelak cover perut lepas bersalin... kali ni gelak nak cover lemak perut tak turun turun lepas setahun bersalin. 


Sebagai intro azam nak selalu update blog, jom layan lagu ni kejap. Ingat... setiap yang berlaku tu.. pasti ade hikmahnya.... <--- ok ini tetiba... 


Di atas perih kau menari
Di atas tangis kau bernyanyi
Kau sayat hatiku
Dengan cintamu
Cinta
Bukan hanya harapan
Cinta
tapi kepastian
Cinta
Bukan menyakiti hati
Disaat luka kau tak ada
Disaat duka kau tak setia
Cinta seharusnya
Tak begitu
Disaat luka kau tak ada
Disaat duka kau tak setia
Cinta seharusnya
Tak begitu


Lagu Cinta ..


Fine.... tetiba.... Ani..... angkat kain jemuran!!!! hujan dah turun!!!!!