Tuesday 28 June 2011

Anak baru to take care...

Toksah nak berangan nak balik awal,
Toksah nak berangan nak buat entri pjg2,
Toksah berangan nak mengulor a.k.a take a nap after zuhur...




Kerana dateline nya adalah Jumaat ini..
sekian terima kasih

Monday 27 June 2011

Allah sukakan sesuatu yang cantik dan indah

"Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi). Allah sukakan kecantikan dan seterusnya menggalakkan umatnya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah, seperti dalam firmannya yang bermaksud, "Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke masjid (atau mengerjakan sembahyang), makanlah dan minumlah, dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai akan orang-orang yang berlebih-lebihan (melampaui batas)." (Surah Al-A'raaf, ayat 31)


Salam...
Mase balik ke kuantan tempoh hari, saya terbaca papan tanda sebesar2 alam di tengah2 bandar Kuantan. Isi papan tanda tu lah saya cut and paste disini. Memang tak dinafikan yang manusia sukakan kecantikan dan tak salah utk berhias. Malah Allah suruh kita berhias, tapi... ramai yang alpa ayat blakangnya iaitu jgn berlebih lebihan akan mendatangkan riak plak nanti. Bersederhana dalam segala segi adalah yang terbaik.

Zaman sekarang ni, untuk cantik orang sanggup buat ape saja. cucuk sana, cucuk sini, nak bagi cantik... Tapi terpulang juga kecenderungan seseorang tu ke arah mana. Perempuan ada 9 nafsu dan satu akal. Sebab tu kecenderungan membeli belah lebih kepada kaum hawa.

Cerita hal org, bagaimana pula diri sendiri? :) PAsti la lebih cenderung kepada hiasan dalaman kediaman saya. Nasib baik tak kawen ngan tokey balak, kalau tak, memang hari2 ku ke ikea berkampung disitu memastikan diri ini tak terlepas any single item meletop yang dipamerkan!!! hahaha... memang tak de kena mengena dgn tajuk diatas, tapi saya sukakan rumah yang dihias rapi, damai bukan serabut. Mana taknya sebagai seorang QS, kepala otak serabut ngan drawing, nombor2 bagai tak de penghujungnya... nak juling bijik mata menelek drawing yang kecik comel tak menahan... haih... Bukan saya mengeluh, Allah dah bagi rezeki saya di'sini' jadi, bila saya pulang ke rumah, nak jugak saya tengok rumah yang cantik dan indah... sejuk sampai ke hulu hati.. no more heartburn omputeh kata...

Well nak cerita ikea ade promotion utk bilik tido!!!   you & your bedrrom talk!
Sebenarnya promotion ni dah lama dan dah nak berakhir this July pon. Tapi nak jugak soh korang usha promotion yang ada. Memang berbaloi..







 dan cuba bayangkan mencari pakaian didalam almari sebegini rupa?? pasti saya tersenyum girang utk ke pejabat!!





malah boleh menyorokkan barang...(lepas shopping tak yah sorok kat opis macam biasa, sorok kat umah... kang mr Hafiz bising " awak ni asyik beli je... cuba jual pulak.."



hai la ikea... bila la lagi kita dapat bertemu.. apesal la tak buat ikea kat Puchong Prima ni hah... sobss :(

Stew Oh!

Ni la pompuan, asal rasa nak memasak je, masak masakan omputeh.. ceh... kau ni kalau dah lidah org lipis, lipis la jugak.... tak pe.. sapa kata org lipis tak pandai makan stew? pandai weh!!! Saya suka masak stew ni sebab... rich woh!! hahaha senang, semua ade dalam! all in one wa cakap lu! dan boleh makan byk kali.. panaskan byk kali, lagi sedap rasa dia. Stew daging ni ade banyak version, version saya ni tak pasti la dari negara mana, mungkin bukan omputeh kot.. mungkin dari india... :) suka awak ye mazwan..

Bahan2 nya:
* 2 biji bawang poland dipotong daduu
* 3 ulas bawang putih dipotong dadu
* sedikit butter utk menumis
* seketul kiub daging
* daging cincang (saya suka buat sendiri, lebih manis dan kurang lemak)
* 2 batang celeri potong kecik2
* 2 biji kentang potong dadu
* tomato puree satu tin kecil
* 2 biji tomato potong dadu
* Lada benggala or capsicum potong dadu
* 2 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus
* 2 sudu besar sos tomato
* 2 sudu besar sos cili
* Garam dan perasa tambahan (ajinomoto takmo letak banyak.. kang pening kepala)
* sedikit tepung utk coated daging

cara2nya:
Panaskan periuk dan cairkan butter, masukkan hirisan bawang yang dipotong dadu tadi. Bila naik bau, masukkan hirisan tomato. Biler tomato tadi dah nampak layu (mcm pokok tak siram air plak kan) masukkan daging yg telah dicoated ngan sedikit tepung tadi. biar mereneh selama 5 minit. Kemudian masukkan tomato puree, kacau hingga sebati dan masukkan air serta kiub daging tadi. Masukkan gula, garam, segala macam  sos, Lada hitam dan kacau. Masukan kentang, carrot, (eh mana dtg carrot?) dan sayuran agak keras. masak hingga empuk dan masukkan sayuran seperti batang celeri dan capsicum. Reneh hingga pekat. Kalau sesiapa yang suka kan stew yang agak pekat, boleh la tambahkan sedikit tepung jagung... Dah siap.. boleh makan... makan la ngan roti perancis ke.. ala... tak payah perancis2 roti gardenia pon jalan.... kenyang.. burpp..!!! Alhamdullilah...


p/s: stew daging lebih enak, manis berbanding stew ayam.. saya tak pernah try stew ayam.. mungkin korang boleh cuba!!

Aku Wanita Biasa...

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayangi..

ini serius dan memang serius... hehehe


mungkin dlm senyuman ade keperitan!! mungkin kaki telah dipijak oleh org sebelah mungkin??

Sunday 26 June 2011

Kuew Teow Kerang...

Ala... goreng kuew tiow pon nak cerita ke? Bukan apa, saya minat sgt kuew teow goreng... tapi mak jarang buat sebab selalu lembik dan abah saya tak makan.. Saya pun tercari2 macam mana nak kasik firm macam kat kedai tuh... Hmmm ade dengar cerita, kuew teow ni tak leh basuh, kalau basuh, memang lembik.. jadi saya dgn bangganya tak basuh kuew teow utk dimasak hari ni.. uhuk uhuk.. tak sopan sungguh bunyinya.. tapi nak cuba punya pasal... jadi terhasillah kuew teow ni... tampak tak menarik.. tapi rasanya macam kedai masak tau... angkat bakul sendiri ni...


 tadaaa.... tak hancur pon kan?? mungkin betol petua itu orang!! time kasih la wey...


Goreng kuew teow ni guna yang amat byk bawang puteh rupanya... koi tak tahu pon... sampai 15 bijik kau!!! ha... memang habis smelly no more dok tenyeh kat ketiak.. nak pasti kan badan tak berbau...

Pengat pisang

La ni cuaca tak menentu, nak keluar dating ngan hubby pon malas sebab anak2 super suka mengamuk... so bukak peti tengok ade pisang dah berkupas. MIL bagi weh.. setandan... hamik ko... sampai sebulan makan pisang... Pisang sekarang mahal. Jadi bersyukur dan jgn bazirkan rezeki tuhan ni..

okay, santan ade, gula kabung pon ade.. eh sagu pon ade?? bulih la makan pengat pisang ptg ni...Saya tahu, pengat pisang senang sangat nak buat. Tapi kalau tak tahu buat and tak penah buat, nangis jugak la cari resepi telipon mak, takmo angkat plak tu.. (biasa lah mak aku ni buku resepi bergerak... jadi ade la benda die buat sampai tak angkat tipon tu).

Dapat je bercakap ngan "buku resepi" tadi... terus amik periuk Vision (hadiah dari mak sedara masa kawen yg tak penah pakai.. okay hari ni "die" masuk gelanggang..) letak pisang ngan gula kabung (ikut suka hati) dan sedikit air lalu saya rebus pisang tadi dgn kekuatan api yang amat dasyat!!! ini kes excited tak menahan.. sambil tunggu air gula kering sedikit, saya rendam sagu... dah nampak air dlm periuk tu kering sket, saya masukkan santan, secubit garam, dan sagu... masak sampai gelegak.. angkat dan sejukkan... hidangkan bersama roti ye... :)) habis jugak stok pisang saya.. Burp... Alhamdullilah...

Puding Roti..

Menu yang anak2 saya sangat suka makan.. Rasa die lembut, manis, dan berlemak... Lagi pon mak dia suka buat sebab senang yang amat...

Pelakon utam utk puding roti ni:

* 8 keping roti yang sihat2 dari gardenia..
* 500 ml susu
* 4 sudu gula halus
* 2 bijik telo
* Kismis hitam (ikut ah korang nak letak byk mana)
* pinch of salt (opmputeh la plak)
* ha.. lupa plak.. butter.. 2 sudu besaw

Cara2nya:

Rendam roti yang sihat2 tadi kedlm susu segar selama 1/2 jam (biasanya saya ni tak sabo.. sekejap je dah pass QC). Pastu Masukkan remaining watak2 utama tadi kedalam mangkuk yg besaw utk di kacau dgn rakusnya. masukkan kedlm rendaman roti tadi and bakar selama 20 min dengan kepanasan oven 180 degree... wallaahh!! sedap dimakan dgn kopi di petang hari bersama jiran2... resepi tadi agak kurang manis sebab anak2 tak ske yg manis sgt... kalau nak best dan kalau rajin la.. boleh buat sos custard die... susu cair + tepung castard, sedikit gula..



 ha.. kan dah separuh habis... okay terpaksa muffin kat blakang tu interframe... nampak sket ia rajin buat makanan kat anak2 ai kan??



Chocolate Walnut brownies

Jiran saya, Pn Naza ni... suka sgt buat brownie, pastu siap pas berpinggan2 kat umah ni hah.. Sampai la ni, ade lagi pinggan tak pulang.. almaklum la.. den ni bukan pandai sgt memasak... Then satu hari tu teringin nak try buat sendiri... coz hubby pon suke jugak makan panas2... tapi kan kalau makan ngan vanilla eskrem lagi sedap kot? Pastu dgn perasaan yg tak berapa nak malu, boleh mintak lagi kat jiran tuh.. alasan mengidam... keh3...(okay die tak kisah sebab kami sgt la rapat)

ok jom try buat sendiri... tapi peasti kan kamu ade oven utk membakar... sebab tiada resepi brownie utk dikukus selain kek cokelat!!!

bahan2 nya..

* 1 cup unslated butter
* 1 cup cocoa butter
* 1 3/4 cup sugar
* 4 egg, room temperature
* 2 tsp vanilla extract
* 1 1/4 cups flour (serbaguna punyer tepung)
* 1 tsp baking powder
* 1/2 salt
* 0.67 cup walnut pieces, toasted (kalau tak sangai dulu, tak best la.. ala2 lemau plak nati)

kalau taknak letak walnut pon boleh.. letak la ape2 kacang yang korang nak letak.. asal boleh melantak.. perhatian kepada ibu2 yang ade anak G6PD ye.. jgn dok melatah plak g letak kacang parang dlm tuh.. kang elok2 boleh enjoy makan brownie, berangkut plak ke spital...

okay cara2nya:

Preheat dulu oven tu 180 degree dlm 10 min dan sediakan greased loaf pan size 4 x 8 inch. Cairkan butter dan masukkan ke dalam mangkuk yg besar. Masukkan cocoa dan kacau lagi. Masukkan gula. Tambah telo satu persatu sambil putar adunan tadi guna mixer (kelajuan sederhana ek.. kang tercampak plak adunan korang..) Pastu masukkan vanilla...
Dalam bowl yg berlainan, campurkan tepung, baking powder, garam.. gaul dan campurkan kedalam adunan cocoa tadi...(ini nak elakkan baking powder korang berketul2) or tak rata... Blend sampai sebati dan last sekali masukkan walnut tadi... dan kacau... Masukkan kedalam loyang dan bakar selama 40 - 45 minutes ye..

kalau sudah masak, boleh la hidang pada raja bersama eskrem vanilla and hot choc.. sungguh berlemak minum petang kita hari ini... :))
 

Friday 24 June 2011

tic tac

Dulu... rajin sangat masak... 
makan kat kedai,
rasa2.. jenguk2 sampai juling bijik mata,
balik umah...
buat!!! inilah hasilnya biler jadi chef yg tak bertauliah!!




Anniversary katanya!!!!



Manisnya hidup!!

Manisnya hidup kalau berkongsi bersama...
tatkala nak memasang lampu dirumah, tangga tak de
boleh jugak pinjam ngan jiran2 yang ada..
eh nak gantung frame la, 
drill tak ada, boleh jugak pinjam ngan kawan2 yang ada...

tapi sampai bile ada hati yang sanggup memberi pinjam?
tapi lupakah kita yang hidup kita pun hanya pinjaman?
tak malu kat Tuhan ke kalau kite kemut tak hingat?
Pinjaman-Nya bukan calang2, ia sebuah kehidupan!

Sama la kalau kita ada ilmu didada..
jangan di simpan, dipekung bermaharajalela
kelak binasa diri, ilmu, kalau dikongsi lebih manis malah makin ber"isi"
lebih berkat hidup, semoga dirahmati...

Maniskan berkongsi? cuba bayangkan budak kecik takmo kongsi mainan...
alangkah geram rasa dihati.. tapi kalau org tua buat perangai macam ni..
mintak ampun.. takde geram dihati.. cuma meluat melanda diri..
jadi.. mari kita cabut lari!!!!

Pedas...

Salam...

Korang suka makan pedas tak? Kalau tanya akaq la kan... memang peberet... Pulak tu baru2 ni terbace plak info pasal kebaikan makan makanan pedas ni...

Kalau citer pasal pedas 1st thing pop up kat mind kite, mesti cili kan? sebenornya... tak mantop gulai lomak kite kalau tak de serai... sebab serai pon ade unsur2 pedas gak... menaikan atau membangkitkan rasa.. Lada hitam... sapa kata tak pedas? ce tumbuk lada hitam... lumur kat tangan sat... tak ke pijor tangan tuh!! tak pedas? banyak la lagi unsur2 lain yang boleh mendatangkan rase pedas kat makanan kite ni nak oiii...

Saya pon penah dengar makcik ni ckp... "Alah... si polan tuh.. mane nak cepat baik luka operatenye.. tak makan pedas lasong" <---- sila bace dalam dialek pahang. Aik gitu pulak.. tak tahu la betul ke idak.. mungkin dongeng je kot... tapi info yang baru saya bace tadi betol2 membuatkan saya berbangga sebagai penchenta makanan pedas berapi... mana tak nya.. kiteorang adik beradik makan cili burung tu ala2 ulam je... ala2 cheese tabur kat pizza hut jew... awww!! swit gitew...

okay2 jgn buang mase.. tadi saya baca yang pedas ni boleh menguruskan badan!! hah amik ko... nak kurus? cepat g kutip cabai kt depan umah tuh.. info tu jugak ckp, dengan makan makanan pedas, anda makan dengan banyak...(alamak.. tadi kata utk kurus kan? ni pehal ni..) maksudnya lagi banyak anda makan, lagi tinggi tahap metabolisme anda.. ha.. sebab itu la gamaknya .. lepas makan pedas... terus ke tandas.. utk melepas..... uhhh lega!!! dan berkatalah makcik atie: tinggi metabolisme ko nokk!!! lepas makan je terus uu uk!!

Okay.. dengan makan pedas ni jugak.. kamu memaksa jantung kamu bekerja dgn lebih gigih lagi... mengepam darah keseluruh badan, berpeluh2 kau.. makan pedas.. tak de ekon... fuhhh!!! lagi pon kan.. capsicum ada agen yang boleh me"nyah" kolestrol jahat tau...

Boleh mengcegah cancer... ini, saya tak pasti... tapi kunyit memang banyak khasiatnya... mungkin mencegah cancer ni kebaikan daraipada kunyit... sebab kunyit pon tergolong sumber alam yg pedas...

Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskuler yang lebih kuat... :))

Makanan pedas meningkatkan produksi hormon yang memberikan rasa menyenangkan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini membantu mengusir depresi dan stress.... ini memang saya sokong 100%!!! sebab lepas makan pedas, sorok2 dari husband tersayang.. rasa lega... nyaman... aaaaa.....

betoi ke tidak info ni tak tahu la. tapi yang penting... saya suka info ni.. sebab saya penggemar makanan pedas!! Tapi awas ye korang2... jgn la terlebih pedas... karang masuk ward pulak!!! buasir katanya... :P

Yang baik itu datang dari Allah, dan yang tak best tu datangnya dari saya!!! sekian....:))





Makanan orang dlm pantang...



hmmm... balik ni... mintak2 jumpa ikan ni...


nak masak ni utk soul mate tersayang...




balik ni nak singgah Pasar Segar Pak Lang... nak beli ikan dan barang ni..

ikan haruan
minyak jagung
bawang merah
bawang putih
halia
asam keping
daun bawang
bawang poland



yeah!!! semoga berjaya!!!

Gout oh Gout!!


Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. (Alhamdullilah... aku perempuan biasa... :P)

Ape tanda2 Gout??

Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki. Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit (eh.. tu bukan cagu ke??). Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari. 

Komplikasi 
Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’. Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’. Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
  • Kegemukan
  • Darah tinggi
  • Hiperlipidemia
  • Diabetes (erk!)

Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh ye kawan2... tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya. Rawatan serangan akut. Rehatkan sendi semasa serangan gout. Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor). Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor). Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang. Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan. Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.

Rawatan Jangka Panjang
  • Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, kamu2 haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
  • Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan (dengar tuh?? gi main skipping 100x cepatan!!!!)
  • Mengelakkan minuman keras ( ko Islam kan? ha.. yang ni mungkin selamat la...)
  • Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
    Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi. (ha... mesti korang tanyer purin tu ape...jap2..)
Pemakanan
  • Foods that contain high "PURIN"
  1. Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak (memang budak tu tak makan)
  2. Ikan bilis, kembung, sardin (peberet budak tu la plak!)
  3. Daging cincang (huih...lagi peberet)
  4. Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging(peberet aku neh)
  5. Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
  6. Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  7. Peanuts, lentil, beans and peas
  8. Poultry
  9. Roti jagung dan bijirin
Pencegahan
  • Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
  • Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
  • Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
  • Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
  • Minum banyak air

Gout boleh diwarisi? Mesti lah!!! ko ingat tanah je kena ade pewaris? hew hew hew.. kesitu la plak... tapi bergantung jugak macam mana kita jaga diri kita...

 saya takut la... "budak tu" kena gout.... hmmm lepas ni tak nak beli daging, udang ketam dan seangkatan... VEGE sajo lah!!!Tapi kaki "budak tu" berbalut, bukan sebab gout... sebab injured lama, memerlukan rawatan susulan seperti satu pembedahan mungkin? itulah... kite selalu kata "salah urat tuh!! g ngurut la.." urut punye urut.. makin bengkak... bak kata pepatah.. dun judge a kaki by its kulit... judge it by MRI scan!!! baru nampak nokk ape jadi kat dalam!!!

p/s: panjang bebeno n3 neh.. almaklum la.. dulu kecik nak jadi doktor.. skang terjadi QS la plak...

Wednesday 22 June 2011

Sekelip mata Dia ambil perhatian ku...

Parking kereta, uish.. dapat lak parking betol2 depan bank neh!! biasa susah!!
masuk bank, amik no giliran, duduk dan menunggu sambil mengerling jam tangan (okay, masih sempat... got another 30 mins to end my lunch hour)

no ni dipanggil dan saya ke kaunter utk dilayan.... puan, boleh saya bantu?? Oh yea saya nak print penyata bank utk housing loan saya...
Boleh saya dapatkan account no?
.
.
.
Maaf puan... ni bukan no account kami... sebenarnye puan buat loan dari bank mane ye? boleh saya dapatkan ic?
sambil terkial2 mencari ic.... wait a minute... ni OCBC kan?? nope... this is HSBC mem..
OMG!!!! nak terkeluar bijik mata.... its okay dear.... its my mistake...
dalam malu yang amat sgt... terus keluar, idup enjeng... berderum ke OCBC Bandar Puteri Puchong..
otw, call my shoulder to cry, mr Hafiz Lazim... mula2 gelak, pastu nangis.... kah kah kah how Allah can take your attention away in couple of minute je teman!!! kan??
sebenarnye saya nak kesini...



Alhamdullilah... selesai juga kerja saya hari ini... :)

Teman2... saya agak pelik.. macam mane saya boleh masuk ke bank yang ade sebesar2 alam logo HSBC tu? dan yang paling penting... angka giliran saya ade HSBC sebesar2nya.. paling atas!!! Ya Allah.. betapa besar kuasa Mu!!!


Dugaan...

Salam...
Sejak dua menjak ni.. macam2 dugaan yang datang... bermula dengan emak sakit yang berlarutan, nenek dimasukkan ke ward (sakit tulang) anak kecil cirit, muntah selama sebulan... dan diikuti anak lelaki cedera di taska.... semua ini dugaan ... dan saya harus terima dengan redha... saya mesti kuat!!! saya mesti jaga harta(anak2) saya.. saya tak boleh cepat melatah....

kemudian... diikuti pulak dengan keadaan suami yang tak berapa sihat, dimasukkan ke ward, menjalani pembedahan.... Alahamdullilah... Syukur... semua selamat... Aisha dah makan semula...(dia sgt kurus sekarang) Telinga along dah cantum lukanya semula... dan saya harap... suami pon boleh balik cepat rehat dirumah..(senang sikit jaga dirumah.. tak payah saya mengangkut budak2 ke ward setiap hari.. :))

Ape2 pon... terima kasih Ya Allah... atas kesempatan yang Kau berikan utk diriku sehingga ke hari ini, menghirup udara dibumi ciptaan Mu... semoga aku diberi kesempatan utk menjaga amanahMu hingga ke Akhir hayat ku...

 Aisha yang keletihan


 Kesian dia..


Kesian telinga Along... :(

sekian dulu... :)

Time Kaceh Abah...

Along : Abah apish... selamat hari abah... Along nak beli kerusi mengurut yang besar utk abah.. nanti mama tak payah urut abah dah...(??????)
Adek ariff : Abah apish.... celamat ayi abah.. adek sayang abah.. adek nak beli opok manyak2 utk abah... (tak abis2 keropok..)
Aisha : abbbaaahh..... abbbaahh.... (sasa.. tak pandai ckp ape2 lagi.. tapi mesti die pon nak ckp something jugak!!)
mama : Selamat hari abah... thanks for everything... sayang awak!!! :)


woohhooo!!! world's greatest dad!!!

Selamat Hari Abah!!!

Mari kite jawab soalan2 ringkas ni dulu... dah pass baru terjah ke isi entri sebenarnya...

1. Suara sape 1st kita dengar lepas mata celik melihat dunia, azan/ kamat ke telinga kita?
2. Sape yang tolong rendam lampin, amik air kat telaga utk mak mandi, kita mandi masa dlm pantang kat kampung? Siap jumpa ulor tedung lagi...
3. Biler besa, sape yang hantar kan ke sekolah, even kena warded? siap kena marah dgn makcik nurse sebab keluar ward pagi2 hari sebab nak hantar ke sekolah...
4. Sape yang sanggup tak ganti seluar baju utk pasti kan anak2 die cukup makan pakai?
5. Sape yang merentas jln buruk, (dah la panas terik) dari Balai Polis Benta ke Hospital beso lipis dengan Vespa hangkut orang demam panas?
6. Sape yang goreng tempe hangit utk anak die makan (biasa la wife housewife, so dah lama tak ke dapo, anak semua lapar---->mak g kenduri tak ingat nak balik..tolong kopek bawang!!kah3)
7. Sape yang setiap 1/2 jam telipon cikgu Nik (MRSMPDRM) tanya anak die kat mane dah...(mase tu sekolah kt Kedah, nak balik lipis 2 hari nok!!! hahaha)
8. Sape yg terpacul kol 5 pagi kat highway karak tunggu bus MRSM sampai from Kedah?
9. Sape yang bergolok bergadai biler anak kata, abah... "nak laptop" "nak moto ala2 azrul"  (bukan aku ye... ade la org tu!!)
10. Sape org pertama terpacul biler tayar kete ko pancit kt tgh2 jln scary (Bentong - Raub)
11. Sape yang cari tempurung kelapa jantan biler ko branak anak sulong?
12. Sape yang siap buat jadual blanja sekolah kat kalender ayam? buat jadual harian start from 5.30am? ha?? sape??? kena hafal tau dak?? tak hafal ko kena denda... saya macam boleh sebut lagi sampai sekarang jadual tu....
13. Sape yang soh nyanyi lagu "Jika kau fikirkan kau boleh" setiap pagi... kalau tak, tak dapat belanja sekolah... (Sure Roy bangga lagu die berkumandang dipagi hari... haih..)
14. Sape yang datang sekolah jumpa guru besar sebab anak popuan die (ketua kelas) gaduh ngan Abdullah Syawal (penolong kelas yang amat nakal!!). Kena toreh ngan pensil picit.. nasib baik tak kena mata tau... Dollah u will pay for this!!! hahahaha...
15. Sape yg cari toilet cangkung merata2 sebab anak die tak nak guna tandas duduk aka Water closet? ha tapi berbirat jugak la bontot kena pukul sebab tahan berak 5 hari... keh keh keh....
16. Sape yang menitiskan air mata mase ijabkan ko ngan laki ko?

Jawapannye..... ABAH!!!

Abah you are great!!! Abah hensem!! Abah macho, Penyanyang even abah garang.... (haaaaaa......) 
Selamat hari Abah, tanpa abah, sape lah saya (okay ayat ni, sape2 kurang aja, merajuk tak bukak pintu, die kena denda, say this word everytime kami2 nak keluar umah... the worst.. even when u just wake up babe!!!) hehehe lupa nak ckp.. abah saya polis... agak berdisplin, maka... lahirlah saya anak2 yang berdisplin macam die....

Abah tiada galang ganti bagi tempat mu... tiada nama lain dibelakang namaku selain namamu, tiada harta didunia dapat mengganti pengorbanan mu...!!! Saya sayang abah... semoga Allah merahmati kehidupan abah, dan memberi kesihatan kepada abah... Semoga kite hidup dlm keredhaan-Nya... Amin...

Saya sayang kamu!!!

Friday 10 June 2011

WHAT???!!!

It cost me about RM1800 to replace it!!!! OMG!!! nak buat macam mane ni... nak tak nak kena baiki jugak kan??? haih.... saper anak tokey balak?? meh sini nak buat adik angkat.... teeeheeee.. :)

replace it or find a kinda alternative??? haih lagik.... tapi ade alternative meh???

Tahniah!!

Congratulation to my Brother In Low..... and welcome to the Ibnulazim Pn Nur Adrina Illani..

semoga berkekalan selagi nyawa dikandung badan, semoga bertambah gang afiq, ariff and aisha.. dan yang paling penting.. semuga Allah merahmati kamu berdua..!!!

Selamat men join kan diri ke alam rumah tangga tangga yang penuh kemanisan dan tak kurang juga kepahitan.... :)) korang memang SEMPOI!!!! :))

GUD LUCK!!

Pecah Dara Sudah!!!

Maaf ... tajuk agak terlebih... tapi pecah dara yang dimaksudkan adalah rumah saya....:((

Isnin lepas, rumah saya dimasuki pencuri @ dirompak @ dikenali pecah umah.... habis barang2 berharga seperti....


tibi ni....:( sedih... sunyi sepi tanpa kamu dirumah wahai tibi kesayangan... sobss....

welll kite terima ni dengan redha... banyak lagi yg hilang... nasib baik nyawa pon tak hilang kan?? nyawa tiada ganti, barang boleh dibeli... ko ade duit nokkk, nak beli baru? nak ganti pintu gabak yg rosak kat depan tuh? sliding door yg dah kena kopak???? tak de... diam!! hahaha...
well... tak baiki pon bahaya kan? duk umah mlm2 hari pintu tak kunci proper.. branik ko!!! ni bukan kampung halaman yg aman damai nokkk!!! ni key ellll!!! penuh ngan mat indon yg terjelir lidah nampak tibi lcd dlm umah ko.. tunggu mase nak masuk je!!! sabar je lah!!!
btw tibi la ni muroh2... tunggu pulus jah.. ade pulus, jalan... :))

to my dearest afiq and ariff... sian korang tak dapat nengok world word dah... Disney channel dah.. tak dapat nak nengok finger tips dah... ( seb baik.. kalo tak, abis voucher tupperware mama korang buat jet pejuang) ikut finger tips katanyer!!! cheh..
to my beloved hubby... ai dah lama tak dengar u jerit... GOAL!!!! kah kah kah... banyak nyer hikmah.... tapi... i really miss that tibi...:(( riuh rendah my family dah takde...:(( to my tibi.. panjang umo jumpa lagik!!! mungkin plasma barangkali?? tak gitew En. Hafiz...??? ngeh3...

New Staff!!

Saya ade 'adik-adik' baru!!!!
eh adik ke? diaorang elder than me about 7 years la....
Okay Welcoming Mr Alex Gamboa and Mr Andres Celso Buce Jr. to my department!!!!
(hah! amik ko... terbelit tak lidah nak nyebut?? Philippians okay? )
mesti korang suke  kan department ni???
swit kan??? uhuk uhuk!! ...
kami mengalu-alu kan kedatangan kamu berdua.... sila la beramah mesra ngan colleague measuremant team Level 1 ni... semua ramah tamah... esp. boss die.. hehehe


You guys have to know 'bahasa' cepat2 .... ha coz makcik ni susah nak paham korang pronoun in english... go back korang sebut go bak!! tak ke lain bunyi tuh??
eh baru perasan.. semua gambo, gambo makan... moral: department ni memang kuat makan!!! kah3... bab makan sure laju!!! vrrrooommmm!!!! moh kita ke alamanda!!! koi tunggu disana!!! :P



haih... ku kena blaja ckp Philippians mungkin