Monday 27 June 2011

Allah sukakan sesuatu yang cantik dan indah

"Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi). Allah sukakan kecantikan dan seterusnya menggalakkan umatnya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah, seperti dalam firmannya yang bermaksud, "Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke masjid (atau mengerjakan sembahyang), makanlah dan minumlah, dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai akan orang-orang yang berlebih-lebihan (melampaui batas)." (Surah Al-A'raaf, ayat 31)


Salam...
Mase balik ke kuantan tempoh hari, saya terbaca papan tanda sebesar2 alam di tengah2 bandar Kuantan. Isi papan tanda tu lah saya cut and paste disini. Memang tak dinafikan yang manusia sukakan kecantikan dan tak salah utk berhias. Malah Allah suruh kita berhias, tapi... ramai yang alpa ayat blakangnya iaitu jgn berlebih lebihan akan mendatangkan riak plak nanti. Bersederhana dalam segala segi adalah yang terbaik.

Zaman sekarang ni, untuk cantik orang sanggup buat ape saja. cucuk sana, cucuk sini, nak bagi cantik... Tapi terpulang juga kecenderungan seseorang tu ke arah mana. Perempuan ada 9 nafsu dan satu akal. Sebab tu kecenderungan membeli belah lebih kepada kaum hawa.

Cerita hal org, bagaimana pula diri sendiri? :) PAsti la lebih cenderung kepada hiasan dalaman kediaman saya. Nasib baik tak kawen ngan tokey balak, kalau tak, memang hari2 ku ke ikea berkampung disitu memastikan diri ini tak terlepas any single item meletop yang dipamerkan!!! hahaha... memang tak de kena mengena dgn tajuk diatas, tapi saya sukakan rumah yang dihias rapi, damai bukan serabut. Mana taknya sebagai seorang QS, kepala otak serabut ngan drawing, nombor2 bagai tak de penghujungnya... nak juling bijik mata menelek drawing yang kecik comel tak menahan... haih... Bukan saya mengeluh, Allah dah bagi rezeki saya di'sini' jadi, bila saya pulang ke rumah, nak jugak saya tengok rumah yang cantik dan indah... sejuk sampai ke hulu hati.. no more heartburn omputeh kata...

Well nak cerita ikea ade promotion utk bilik tido!!!   you & your bedrrom talk!
Sebenarnya promotion ni dah lama dan dah nak berakhir this July pon. Tapi nak jugak soh korang usha promotion yang ada. Memang berbaloi..







 dan cuba bayangkan mencari pakaian didalam almari sebegini rupa?? pasti saya tersenyum girang utk ke pejabat!!





malah boleh menyorokkan barang...(lepas shopping tak yah sorok kat opis macam biasa, sorok kat umah... kang mr Hafiz bising " awak ni asyik beli je... cuba jual pulak.."



hai la ikea... bila la lagi kita dapat bertemu.. apesal la tak buat ikea kat Puchong Prima ni hah... sobss :(

No comments: